GURU KENA PECAT LEPAS HADIR CERAMAH ANWAR

Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat selepas menghadiri ceramah ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.

Memorandum itu dihantar oleh guru berkenaan, Qatrun Nada Mohd Latfi menerusi NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN).

Dalam memorandum itu, Qatrun memohon Suhakam agar menggesa JAWI "bersikap profesional dan membebaskan JAWI daripada menjadi jentera politik parti memerintah".

Ia juga memohon Suhakam agar "menggesa Umno tidak menggunakan agensi kerajaan sebagai alat politik untuk mengekang kemaraan parti lawan".



Dia mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat dan borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

... kalu bukan jahat bukan Syaitan UMNO namanya....

Ulasan

Catatan Popular