LAMAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS WANGSA MAJU

28 Dis 2012

ADIK 10 TAHUN ANTARA PESERTA MOGOK LAPAR
abu nu'man28 Dis 2012 0 Komentar




 
Dataran Merdeka sekali lagi bakal menjadi tumpuan menjelang tahun baru apabila 18 orang individu, termasuk empat adik beradik, membuat keputusan untuk bermogok lapar di situ bermula jam 8 malam tadi sehingga ke jam 12 tengah malam 31 Disember ini bagi membantah projek-projek yang memudaratkan kesihatan awam.

hunger strike at dataran 2Menggelarkan diri mereka sebagai 'Anak Muda Menentang Projek-projek Memudaratkan Alam Sekitar', kumpulan berkenaan bakal bermogok lapar dan hanya meminum air selama 100 jam.

Mereka membacakan ikrar hunger strike at dataran merdekasewaktu memulakan protes itu dan bertekad untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap projek-projek seperti loji nadir bumi Lynas, loji penapis minyak Pengerang, projek empangan mega Sarawak, pelombongan emas sianida di Bukit Koman, dan projek kabel ketegangan tinggi Rawang.

Secara khususnya, mereka menuntut agar lesen operasi sementara (TOL) loji Lynas di Gebeng, Pahang ditarik pihak berkuasa dan laporan penilaian impak alam sekitar (DEIA) Lynas didedahkan kepada umum sebelum sebarang pertimbangan untuk mengeluarkan TOL dibuat kerajaan.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Wong Chin Huat yang hadir memberikan sokongan, meniup semangat peserta agar menghayati keazaman pejuang antipenjajahan dari Pahang, pahlawan Mat Kilau.

Menurutnya, sebuah kerajaan yang tidak mendengar suara rakyatnya sebenarnya adalah kerajaan yang menjajah rakyatnya sendiri.

"Kalaulah Mat Kilau masih hidup, tidakkah beliau juga akan berada di sini?

"Kalau kerajaan kita tak dengar cakap kita, kita tetap dijajah," katanya.

hunger strike at dataranMencuri tumpuan di tapak mogok lapar tersebut adalah empat peserta yang berusia 10 hingga 17 tahun yang kelihatan di kalangan peserta.

Keempat-empat mereka adalah adik beradik dan akan turut berlapar selama 100 jam.

Menurut bapa kepada kanak-kanak tersebut, Tang Fuie Koh menegaskan, beliau mahu anak-anaknya sedar bahawa mereka perlu bersuara dalam isu-isu alam sekitar daripada peringkat awal demi melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara.

"Ia penting untuk generasi muda ini terlibat daripada usia yang muda," katanya.

Seorang lagi peserta, Kin Aw, 27 tahun mencukur sebahagian rambutnya kepada simbol bahaya radioaktif untuk menyampaikan mesej protesnya.

Jurucakap peserta mogok, Tan Woen Tian berharap agar protes mereka berjalan lancar tanpa gangguan pihak berkuasa kerana mereka tidak mendirikan sebarang khemah di Dataran Merdeka selama berada di situ.

Beliau juga berharap agar orang ramai hadir untuk memberikan sokongan kepada peserta yang tidak akan banyak bercakap tetapi sekadar menahan lapar sahaja.

"Kami mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan menunjukkan solidariti mereka," katanya.

Beberapa pemimpin masyarakat serta gerakan sivil dijangka hadir pada malam hari-hari seterusnya untuk memberikan sokongan terhadap protes tersebut.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.
++ RAHMAT UNTUK SEMUA ++ DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU ++
HOME