7 Nov 2012

NURUL IZZAH BAKAL SAMAN UTUSEX
abu nu'man7 Nov 2012 2 Komentar

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa media arus perdana termasuk laman blog terhadap dakwaan yang mengatakan beliau menyokong "kebebasan beragama" dalam satu forum baru-baru ini.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Bagi tujuan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu (gambar) diwakili oleh peguam, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," jelasnya lagi.

Ketika sidang media awal hari ini, Nurul Izzah telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh media berhubung isu tersebut.

"Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

"Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi (untuk) keluar kenyataan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ini soal agama bukan mainan, kalau Umno nak guna agama, kalau betul Jais (perjuangkan Islam) ...  ambil tindakan terhadap orang Islam terlibat dalam perjudian, kenyataan yg disesatkan, tapi tiada.
"(Tetapi) agama digunakan sebagai mainan politik Umno," tegasnya lagi.

Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyelar ulama Umno yang membisu dalam banyak isu-isu keagamaan dalam Umno, sebaliknya menyerang Nurul Izzah dengan gambaran menyokong "pluralisme".

"Kezaliman, rasuah, penyelewengan Umno, ustaz Umno tak berani sentuh, mereka guna pluralisme agama secara umum.

"Pluralisme agama kalau mereka meremehkan Islam, maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama itu sama.
"Soal agama, akidah, kita (PR) tidak berganjak, tetapi ini hanya mengalih pandangan kerana ustaz Umno tak berani sebut berkenaan penghinaan terhadap agama, kezaliman dan rasuah," tegasnya lagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:


  1. Saman semualah. Yg pasti ALLAH maha mendengar dan melihat. Izzah semakin bongkak dan takbur dengan kuasa politiknya, pemimpin yg merelakan apa sahaja demi pengaruh peribadi merelakan apa sahaja sekalipun menghina dan menrendah-rendahkan agama ALLAH.

    BalasPadam
  2. Surah Al-Mumtahana ..ayat [13]. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.