MUKTAMAR PAS : XDE MASA BINCANG ISU PICISAN

Muktamar tahunan PAS tiba dikemuncaknya hari ini dengan ucaptama presiden dijangka akan memberikan fokus utama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 berbanding isu-isu picisan dalaman parti berkenaan.

Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS kebanyakannya yakin ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan lebih menjurus kepada persediaan dan keyakinan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dan menawan Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, dengan keadaan PAS yang kini telah berada di peringkat terakhir persiapan mereka, PAS tidak akan mengambil peduli isu kecil-kecilan seperti isu Nasharuddin Mat Isa dan juga Nurul Izzah Anwar.

“Adalah lebih penting kami melihatkan pengupayaan berkaitan gagasan kepimpinan yang kita lontar untuk melayakkan PAS, bukan sahaja menyaingi Umno, tetapi juga lebih baik daripada Umno,” tambahnya.

Kami telah berada di peringkat kemuncknya sekarang ... isu kecil-kecilan ini kami tidak ambil peduli.

“Dia (Nasha) boleh datang pada bila-bila masa jika mahu kerana dia adalah Ahli Majlis Syura, namun kami tidak pernah akan membincangkan untuk menyingkirkannya kerana tidak menghadiri muktamar kali ini,” kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider.

Malah, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan, isu berkenaan Nurul Izzah juga tidak akan disentuh kerana beliau percaya 1,200 perwakilan di muktamar tersebut tidak akan terperangkap dengan isu yang sengaja diperbesar-besarkan BN.

“Kami tidak akan terperangkap dengan isu yang sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak tertentu... muktamar ini juga membuktikan yang kita bersedia ambil alih Putrajaya, yang merupakan satu tanggungjawab besar.

Muktamar Tahunan PAS diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan dimana semalam telah berlangsung bagi Dewan Pemuda dan Wanita akan diteruskan pada hari ini dan akan berakhir pada 18 November.

Ulasan

Catatan Popular