78 MP BN SETUJU AES DILAKSANAKAN... AMIK KAU

Sekali lagi Barisan Nasional berjaya mengotakan slogan mereka "Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan" apabila apabila 78 MP BN mengundi untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.

Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju.

Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.

Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian.

Situasi itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

Mahfuz menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.

Manakala Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.
"Macam mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan tahun 2008?

"Dia daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak jalanan.

"Kamu (BN) nak sokong kamu boleh sokong ...  kamu pun jadi perompak, kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!" tegas Mahfuz beremosi.

Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman.
"Memang BN perompak," katanya.

... RAKYAT DIDAHULUKAN ... KRONI DIUTAMAKAN"

Ulasan

Catatan Popular