KENAPA MENANTU ARWAH GHAFFAR YG DESAK ABG MAT BUKAN ANAKNYE?




KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.

Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu , ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu,” kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online.


Tamrin sebelum ini telah menyertai PAS di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak, dan telah aktif berceramah di pentas Pakatan Rakyat (PR) diseluruh negara walaupun beliau masih lagi ahli Umno.

.... patut le.....

Ulasan

  1. Thamrin waris sah Ghaffar Baba tak kesah pun, dia menantu pulak berlebih-lebih, dah tak ada isu lain ke?

    BalasPadam
  2. biasa La tu cari mkn beb...

    BalasPadam
  3. Lu bayangkn 1 parliman rm 1.5 juta maa...

    BalasPadam
  4. sekarang niilah nak tunjuk bagus....kot2 dapat jadi calon lagi kotttt

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular