2 Ogo 2012

APA CER? SAHAM FGV TINGGAL RM5
abu nu'man2 Ogo 2012 4 Komentar

... kelmarin aku ada monitor saham FGV yang menjadi kebanggaan UMNO yg didakwa IPO kedua terbesar selepas facebook melalui bloomberg yang ada kat department aku... masa tue (hari Selasa) aku tengok harga turun kepada RM5.14... alih-alih hari ini jatuh lagi 15 sen kepada RM5....


apa dah jadi... baru sebulan dibuka harga dah start jatuh... nak tunggu 5 bulan lagi baru boleh jual... alamat tinggal RM3 jelah... kire bayar hutang bank RM15 ribu jawabnye puak-puak yang diperbodohkan UMNO.... apapun aku yang kerja bank nie tak kisah sangat cz FGV untung ke rugi ke korang kena byr RM15 ribu campur interest.... bonus le aku tahun depan....huhuhuhuhuhu


KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, hari ini terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.
FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd
Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat. 
 
sumber:; kedahlanie
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

4 ulasan:

  1. knp sampai 15 ribu? bukan ke diorg beli 800 unit x rm4.55. kalu + interest 5% rasanya dlm 4 ribu je. minta pnjelasan...

    BalasPadam
  2. Saya harap peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih. Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
    Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4, maka ketika hari pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM 3200. Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang simpan sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari cornerstone investors menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda akan jual untuk mendapat untung dan membayar hutang pinjaman beli saham. Bila semua warga felda jual, tidak ada lansung kepentingan warga felda dalam fgv. Ketika itu fgv akan di kuasai dan di miliki oleh orang bukan felda.

    BalasPadam
  3. sy rasa Abu Nu`man x mnjawab soalan diatas. minta penjelasan kenapa peneroka berhutang sbnyk rm15ribu termasuk interest sedangkan jumlah saham yg dibeli hnya 800 unit. sy kira pun dlm 4ribu lebih je. minta jgn kelirukan rakyat.

    BalasPadam
  4. 15ribu tu utk staff felda loan kt bank.. peneroka loan dlm 4ribu sj..

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.