4 Jul 2012

WAN AZIZAH NASIHAT SB (SIPUT BABI)
abu nu'man4 Jul 2012 0 Komentar



PETALING JAYA, 3 Jul — PKR mahu polis menyelesaikan masalah jenayah dan bukan mengintip aktiviti politik, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Presiden PKR itu mendakwa pasukan Cawangan Khas (SB) telah menyediakan kira-kira 733,000 laporan terhadap kegiatan politik penduduk dewasa Malaysia pada tahun 2010.

Wan Azizah (gambar) berkata kadar jenayah yang berlaku akhir-akhir ini sangat membimbangkan.
Minggu ini ada dilaporkan berlaku kejadian pecah rumah Tan Sri Thamby Chik, ATM di Carrefour Wangsa Maju dicuri — RM1.2 juta lesap dan satu keluarga Melayu Singapura yang keretanya dirampas dan diculik di Johor.

“Kerajaan memilih untuk mengatakan kadar jenayah semakin menurun tetapi pihak pembangkang mendakwa keadaan membuktikan sebaliknya.

“Laporan Bajet 2012, dalam tahun 2010 sahaja terdapat 382,000 laporan dari Special Branch tentang kegiatan politik rakyat, dan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat,” kata bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu.

Sebagai bandingan, Jabatan Siasatan Jenayah hanya membuka 212,000 fail jenayah, kurang 30 peratus daripada pasukan Cawangan Khas.

Untuk menangani masalah ini, Wan Azizah menambah, polis haruslah melaksanakan tugas-tugas polis yang utama iaitu membanteras jenayah.

Penjenayah kini semakin terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka tercapai. Kejadian jenayah ini, kata Wan Azizah lagi membuatkan rakyat takut untuk menjalani kehidupan mereka.

"Sehubungan dengan itu kami mencabar kerajaan memastikan 90% dari aktiviti Special Branch ini difokuskan kepada aktiviti mencegah jenayah.

"Jika kerajaan tidak melakukan perkara ini, rakyat haruslah menamatkan pemerintahan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang demi keselamatan rakyat", kata Wan Azizah lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak fungsi SB dalam soal keselamatan negara, tetapi mahu SB menfokuskan aktivitinya untuk membanteras jenayah dan bukannya mengintip rakyat.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.