2 Jul 2012

HINA SULTAN JOHOR : UNCLESEEKERS TERLEPAS.. YB NIZAR TERUK DIBELASAH
abu nu'man2 Jul 2012 0 Komentar



Suatu blog yang kononnya dikendalikan oleh ‘Uncleseekers’ mula mendapat perhatian ramai lantas melonjakkan kedudukannya dalam ranking Alexa.

Apa yang disiarkannya ialah pendedahan mengenai keburukkan Sultan Johor serta kerabatnya dan jika dibandingkan dengan kenyataan YB Nizar ianya jauh lebih teruk penghinaan yang dilakukannya terhadap Sultan Johor dan kerabatnya itu.

Timbul persoalan disini siapakah sebenarnya penulis Blog Uncleseekers ini hingga menjadikan beliau kebal dari siasatan polis malah tindakannya mendedahkan keburukkan Sultan Johor dan Kerabatnya itu seolah-oleh dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Akan tetapi kenyataan YB Nizar dalam Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputar belit oleh Utusan dan TV3, DS Mohammad Nizar Jamaluddin telah disiasat oleh pihak Polis.

Pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh, Perak telah diserbu oleh Polis negeri Johor ini bagi membantu siasatan menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner

Ruslan Hassan yang mengesahkan perkara tersebut. Dalam serbuan itu pihak Polis telah merampas dua buah komputer dan seunit telefon bimbit.

Selain itu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan operasi di tiga pejabat milik Mohammad Nizar di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang pada pukul 11.30 pagi selama kira-kira 45 minit.

Itu apa yang telah berlaku terhadap DS Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS Perak.

... mungkin polis tak baca blog...
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.