UMNO TERDESAK LANCAR BUKAN KEMERDEKAAN : DR. LIM


Pada pukul 8 malam nanti pada hari ini, perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan melancarkan bulan “Kibarkan Jalur Gemilang” di Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Pengarah Pusat Inisiatif Polisi (CPI), Dr Lim Teck Ghee berterus terang mengatakan bahawa  pelancaran program “Kibarkan Jalur Gemilang”  adalah program pra pilihan raya bagi BN.

“Sambutan hari kebangsaan tidak seharusnya dieksploitasikan untuk tujuan politik.

“Cara BN memanipulasi hari kemerdekaan menunjukkan bahawa parti tersebut berada dalam keadaan sangat terdesak,” katanya sambil menambah kerajaan pusat kini “menggunakan apa sahaja peluang untuk menunjukkan kebaikkan BN dan untuk memenangi undi.”

Katanya lagi, parti pemerintah dilihat “menggunakan hari kebangsaam, festival nasional dan jentera kerajaan untuk membeli undi”, akan tetapi menjelaskan keadaan yang berlaku sebagai “sisi kelabu dalam etika berpolitik.”

Sambil menjelaskan ini adalah “acara yang dilakukan hanya sekali”, Lim berkata pengundi tidak mudah “digoda dengan kempen perhubungan awam ini” olh kerana terdapat kontradiksi diantara apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lalui dalam kehidupan sebenar.



Lim  mengatakan “mereka (BN) tahu mereka tidak akan menang hanya dengan bergantung kepada undi Melayu.”

Ulasan

Catatan Popular