SUARAPAKATANRAKYAT NAFI DAKWAAN UTUSEX



www.suarapakatanrakyat.com menafikan dakwaan Utusan Malaysia hari ini kononnya ada menerbitkan tulisan yang mendakwa DAP dalam keadaan selesa untuk melantik perdana menteri (PM)  dikalangan mereka apabila dikatakan bakal bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 sementara PKR dan PAS masing-masing hanya bertanding di 66 kerusi.

Dakwa utusan lagi maklumat ini turut dimuatkan oleh blog pro Umno www.mykmu.net dan www.pisau.net.

Dalam akhbar utama UMNO dimuka hadapan bertajuk "DAP tanding 90 kerusi?" mendakwa bahawa melaporkan Pas meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding 80 kerusi.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula ‘diturunkan pangkat’ daripada bertanding 97 ke 66 kawasan parlimen.”
Menurut Utusan, pertambahan 43 kerusi kepada DAP berbanding PRU 12 lalu meletakkan parti itu mempunyai kedudukam terbaik melantik PM dikalangan mereka.

“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.

“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu,” tulis Utusan memetik dari www.suarapakatanrakyat.com.

... kalu tak menipu bukan utusan namanye....

Ulasan

Catatan Popular