18 Jul 2012

RM320K DIKUTIP BAYAR SAMAN TONY KEPADA SYABAS
abu nu'man18 Jul 2012 0 Komentar


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua telah berjaya mengumpulkan RM150,000 dari orang ramai melalui kempen internet di Facebook dan Twitter bertajuk 'RM1 untuk hak air' dalam masa seminggu untuk membantunya membayar saman malu yang dikemukakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam saman fitnah syarikat tersebut kepada setiausaha publisiti DAP itu kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sebuah akhbar berbahasa Cina.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony Pua bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Syabas oleh disebabkan oleh artikel yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 yang bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan."

Diantara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir bagi menyokong majlis makan malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" adalah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Charles Santiago, Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Gobind Singh.

Dalam ucapan Charles Santiago, beliau mengatakan air tidak seharusnya diswastakan kerana ia merupakan keperluan asas.

"Kita harus menghantar isyarat kepada Najib Razak (Datuk Seri) agar memulangkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan PR," kata Charles disambut dengan sorakan hadirin.

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menggelar Tony Pua sebagai wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor.

"Tony Pua bukan sahaja wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor, tetapi untuk seluruh Malaysia," kata ahli politik veteran itu lagi.

Gobind Singh mengatakan, selepas empat tahun, negeri-negeri PR membuktikan bahawa pentadbiran mereka bersih dari rasuah.

"Transparency International (TI) mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri yang paling diuruskan dengan baik dan bebas rasuah," kata ahli parlimen Puchong.

Anak kepada pengerusi DAP, Karpal Singh itu juga mendakwa, PR sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia.

"Selepas empat tahun, dalam PR kita sudah mempunyai ramai pemimpin yang baik dan telah bersedia untuk memerintah Malaysia," kata Gobind lagi.

Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan selepas majlis makan malam adalah sebanyak RM310,000.

RM200,000 akan digunakan untuk membayar Syabas manakala baki sebanyak RM110,000 akan digunakan dalam dana PRU 13 bagi DAP.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.