RAMAI MUKA BARU DALAM PRU 13 : TG HADI AWANG

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/hadi-awang.jpg

Sumber dari PR pula berkata setiap parti — PKR, PAS dan DAP — sudah menghantar beberapa nama kepada pemimpin mereka untuk disaring.

“Setiap pimpinan parti sudah ada senarai calon ditangan dan sedang mengkajinya.

“Hanya beberapa kerusi yang perlu ditukar dan itu akan selesai saat parlimen dibubarkan,” kata Sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber dari DAP pula mengesahkan beberapa muka baru akan bertanding PRU akan datang walaupun beberapa ahli politik veteran telah menyatakan hasrat untuk kekal. “Memang wajar kerana kemenangan 2008 telah memberikan keyakinan kepada ramai,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan, pembahagian kerusi parlimen PR adalah 66 kerusi untuk PAS, 47 untuk DAP dan selebihnya kepada PKR termasuk juga kepada sekutu di Sabah dan Sarawak.

“Kita akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan di Borneo, oleh itu aka nada kerusi untuk mereka,” kata sumber PKR.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk mengundi pada PRU akan datang. Melibatkan 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di 12 negeri. Walaubagaimanapun, empat negeri PR belum tentu akan mengadakan PRU serentak kerana mandat hanya akan berakhir pada April depan. Sarawak sudah pun menjalankan pilihan raya negeri mereka tahun lalu.

Ulasan

Catatan Popular