PPP : KAJIAN UKM PRU 13 TIDAK MENYELURUH


KUALA LUMPUR, 26 Julai — Kajian-kajian akademik dijalankan oleh beberapa universiti termasuk penemuan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum cukup untuk menggambarkan siapakah bakal memenangi PRU ke 13, kata Dr Zuhdi Marzuki pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Menurut PPP, kajian-kajian yang dijalankan dengan kecenderungan melihat persepsi politik rakyat lazimnya akan menghasilkan peratusan undi popular bukannya parti mana yang akan menang mengikut lokaliti DUN atau Parlimen.

“Saya tidak menafikan peratusan undi popular turut berpengaruh dalam menentukan parti mana yang akan menang, tetapi pengaruh itu tidak mutlak di dalam sistem politik Malaysia.

“Di Malaysia peratusan undi popular lazimnya tidak menggambarkan berapa bilangan kerusi parlimen atau DUN yang dimenangi oleh sesebuah parti politik, berbanding dengan negara yang mengamalkan sistem politik Proportional Representation,” kata beliau dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya “first past the post (FPTP)” yang diwarisi dari penjajah Inggeris sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.

Menurut PPP lagi, di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem politik “Proportional Representation” untuk meramalkan parti mana yang akan menang, persepsi politik pengundi mengikut lokaliti perlu dicerap.
“Persepsi politik pengundi mengikut lokaliti ini akan menggambarkan berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh sesebuah parti politik sekaligus parti manakah yang akan menang dalam pilihanraya.
“Di Malaysia, untuk menjalankan kajian persepsi politik mengikut lokaliti ini memerlukan kos yang begitu besar dan buat masa ini hanya mampu dilakukan oleh parti-parti politik yang mempunyai jentara akar umbi yang kuat.

“Oleh sebab itu, PPP berpandangan proses culaan yang dilaksanakan oleh parti-parti politik di Malaysia sehingga ke peringkat peti-peti undi di samping mencula kecenderungan politik setiap nama yang tertera dalam senarai pengundi adalah lebih kuat menggambarkan parti mana yang bakal menang,” katanya lagi.
Tambah PPP, pengundi-pengundi muda Malaysia yang berumur di bawah 50 tahun terutama di kawasan bandar mempunyai kecenderungan politik yang dinamik dan kurang kecederungan mengundi berdasarkan parti.

“Berdasarkan kepada faktor tersebut, penemuan-penemuan yang dibuat oleh kajian Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat dan Prof Madya Dr Rohana Yusof belum tentu akan diterjemahkan dalam PRU ke 13, disebabkan penemuan itu telah berlalu lebih lima bulan sekiranya PRU itu akan berlaku September ini.
“Persepsi politik pengundi-pengundi bawah 50 tahun dan di kawasan bandar mungkin telah berubah disebabkan isu-isu semasa yang berlaku seperti Bersih 3.0, NFC, janji Pakatan Rakyat (PR) tentang PTPTN dan termasuk juga tsunami politik di Timur Tengah. 

Menurut Zuhdi, kedua-dua kajian yang dibuat oleh  Mohd Fuad dan Rohana berlangsung semasa rakyat memperolehi “gula-gula” politik Perdana Menteri khususnya selepas pembentangan belanjawan 2012, Oktober tahun lalu.Tambah beliau lagi, semasa kajian dibuat, media sedang memperbesarkan krisis dalaman PR di Selangor dan Kedah dan kini keadaan mungkin sudah berubah.

“Krisis dalaman Kerajaan Negeri pimpinan PR , di Kedah dan Selangor, yang dibesar-besarkan oleh media

Ulasan

Catatan Popular