6 Jul 2012

HANIF OMAR DAKWA POLIS PUNCA KEGANASAN BESIH 3.0?
abu nu'man6 Jul 2012 0 Komentar


KUALA LUMPUR, Julai 5 – Polis anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih dan meriam air ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April, yang telah menyebabkan pertembungan ganas yang berjam-jam dengan peserta, dan situasi ini dijadikan lebih teruk dengan penggunaan kawat dawai di sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan kecederaan kepada para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.

Satu saksi memberitahu inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah diguna oleh pihak berkuasa di Dataran Merdeka itu biasanya diguna dalam zon peperangan.

“Berdasarkan pengalaman saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling merbahaya. Ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang bekas pegawai tentera.” Khairul Anuar Pawanchik, seorang askar yang telah bersara, memberitahu inkuiri itu.

Beliau juga memberitahu panel Suhakam itu bahawa beliau telah melihat seorang lelaki dengan telinganya dilukakan dan bergantung dari kepalanya.

Beliau berkata beliau pasti luka itu diakibatkan kawat dawai yang telah diguna untuk menutup (seal off) Dataran Merdeka.

“Telinga kiri lelaki itu berdarah dengan serius selepas dawai itu memotong telinganya. Telinganya bergantung,” kata Khairul, yang juga memberitahu bahawa beliau merupakan sukarelawan Bulan Sabit Merah yang berada di Masjid Jamek hari itu untuk sebarang kecemasan perubatan.

“Pihak polis tidak patut menggunakan keganasan untuk menguruskan kumpulan orang ramai yang kasar. Kekerasan seumpama itu adalah tidak wajar,” katanya lagi.

Tetapi Khairul juga berkata beliau mendengar sekumpulan anggota polis yang berseragam yang mengejek sekumpulan orang yang dianggarkan 200 orang, dan memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0: “Mengapa kamu lari dari sini? Kalau kamu berani, datanglah dan menghadapi kami. Berdirilah dan berlawan.”

Khairul yang berumur 60 tahun itu juga berkata sejurus sebelum kejadian itu, beliau melihat dan mendengar kumpulan demonstrator yang beranggaran 200 orang itu mengejar seorang anggota polis berseragam yang sedang berdarah dari kecederaan di Jalan Raja Laut.  Kumpulan itu menjerit: “Kita bunuh polis yang jahat.”
Satu saksi lagi, Kunabalan Rahagopal, memberitahu inkuiri bahawa pihak polis tidak memberi sebarang amaran sebelum melepaskan gas pemedih ke dalam crowd of thousands of protesters.

“Saya pasti bahawa tidak ada amaran diberi sebelum anggota polis moved in,” kata konsultan perkhidmatan sosial yang bekerja secara sambilan itu.

Kunabalan yang mengakui dirinya adalah penyokong Bersih dan telah dikenakan gas pemedih, berkata bahawa keadaan hari itu pada mulanya adalah aman, sehingga satu skuad polis anti-rusuh telah tiba dalam satu trak FRU di Jalan Loke Yew, selepas jam 2.40pm.

Beliau memberitahu inkuiri itu bahawa beliau melihat lima hingga enam pemuda yang berpakaian hitam menembusi halangan berdawai duri itu tanpa kejadian.

“Seorang individu berbangsa Cina telah melompat melepasi halangan dan bercakap dengan anggota polis dan memberi mereka sejambak bunga dan telah ditemu bual oleh media,” Kunabalan berkata, semasa menerangkan kejadian pada jam 2.40pm pada 28 April, sebelum kekecohan berlaku.

“Trak FRU itu telah bergerak masuk dan mula melepaskan meriam air. Dalam masa beberapa minit, mereka mula melepaskan gas pemedih,” kata beliau.

Saksi ketiga yang memberi keterangan hari ini adalah pesara Baharudin Hisham yang berumur 53 tahun dan berasal dari Puchong.

Beliau berkata beliau adalah seorang orang awam yang sedang membeli-belah di kawasan Sogo sebelum sekumpulan polis mula memukulnya dan satu kumpulan besar yang memakai baju kemeja kuning Bersih 3.0.
“Saya diheret di atas jalanan dan dipukul di seluruh badan dan kepala saya,” beliau berkata.

“Pihak polis kemudian menahan saya tanpa sebab.”
Baharuddin berkata kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 4 hari itu, sejurus selepas solat Asar.

Suhakam telah hari ini memulakan satu inkuiri awam into the keganasan yang telah tercetus dalam ibu kota negara pada 28 April, berikutan demonstrasi Bersih yang ketiga untuk pilihan raya yang adil sejak 2007.

Panel inkuiri yang diketuai Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu dengan ahli suruhanjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Samen akan menemu bual 22 saksi untuk jangka masa 22 hari.

Ketiga-tiga saksi hari ini telah memberi keterangan di hadapan pemerhati dari Malaysian Bar, pihak polis dan beberapa orang pemantau bebas.

Perbicaraan seterusnya akan diadakan pada 11 Julai pada jam 9 pagi.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.