MUSTAHIL LAKSANA HUDUD SELAGI ADA UMNO : ADUN DAP

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.


Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepong berkata untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

.... memang mustahil selagi ada UMNO tak sokong perlaksaan Hudud....

Ulasan

Catatan Popular