MANSUH DUTI EKSAIS : DPPM JADI JURUCAKAP UMNO
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, (DPMM) dilihat menjadi jurucakap baru bagi UMNO/BN apabila menempelak cadangan Pengarah Strategik
PKR, Rafizi Ramli untuk memansuhkan duti eksais kereta jika mereka berjawa
menawan Putrajaya bakal menyaksikan kerajaan akan berdepan dengan masalah
kehilangan sumber pendapatan.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur, Datuk Syed Amin Al Jeffri yang dihubungi The Malaysian Insider menjelaskan, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan pada masa itu mungkin akan memperkenalkan cukai baru bagi mengatasai kekurangan sumber pendapatan.

“Jika duti eksais dimansuhkan, dari aspek positifnya, harga kereta akan
menjadi betul-betul murah. Namun perlu diingat, kesan lainnya adalah pendapatan
kerajaan juga akan berkurang.
“Bagi mengatasi masalah ini, mungkin kerajaan ketika itu akan mengenakan cukai dalam bentuk yang lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Syed Amin turut menambah, duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta sekarang ini adalah berdasarkan kapasiti enjin sesebuah kereta tersebut, dan kadar cukai adalah berbeza mengikut saiz enjin.
“Duti eksais ini dikenakan mengikut saiz enjin. Mereka berpendapatan tinggi biasanya akan dikenakan cukai yang tinggi kerana membeli kereta besar, mewah ... tapi mereka yang berpendapatan rendah hanya beli kereta ikut kemampuan, jadi cukai pun rendah.“Jika dimansuhkan, berkemungkinan kadar cukai yang dikenakan nanti akan sama rata, tanpa mengira perbezaan taraf pendapatan. Itu kita tidak pasti,” tambahnya.
Namun jelas Syed Amin, beliau percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah semestinya tidak sewenang-wenangnya memperkenalkan duti eksais tanpa membuat perkiraan yang menyeluruh.
“Kerajaan Malaysia tidak sewenang-wenangnya buat keputusan itu ... sebab itu (kereta) dikenakan cukai.
“Kalau nak mansuh atas dasar emosi, susahlah ... pendapatan (negara) tetap perlu diganti,” katanya lagi.

- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan