KUOTA HAJI : STRATEGI BN GUNA SUBSIDI TH UNTUK PRU
Nampaknya strategi BN dengan membuat tuduhan bahawa kerajaan Arab Saudi telah menarik balik kuota disebabkan oleh tindakan 30 orang yang bergambar di Masjid Nabi sempena Bersih 3.0 berjaya. Bakal jemaah haji bakal meletakkan kesalahan kepada Bersih 3.0 sebagai mana yang sering dicanang oleh TV BN.
Kesan daripada pengurangan jumlah kuota tersebut, dapatlah BN menggunakan yang tersebut untuk dana PRU 13 nanti melalui penjimatan jumlah subsidi yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak RM3,000 dengan mengurangkan jumlah bakal-bakal haji pada tahun ini. Sebelum ini beberapa kali TH telah mencadangkan untuk menghentikan subsidi bagi setiap jemaah untuk menunaikan haji mulai tahun 2009.
Dalam kenyataannya hari ini, Najib menuduh Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyebabkan kuota rakyat Malaysia untuk menunaikan
ibadat haji dalam bahaya dan sekaligus telah memburukkan nama negara
menyebabkan kuata haji bagi Malaysia bakal ditarik oleh kerajaan Arab Saudi.
“Kerajaan saudi ugut untuk tarik balik kuota kita,” kata
Najib.
“Najib menjelaskan, isu ini sangat serius sehingga
menyebabkan ribuan rakyat yang telah menunggu sehingga 15 tahun tidak dapat
menunaikan ibadat haji.
“Disebabkan Bersih, kita mungkin menghadapi pergantungan
(kuota) untuk tahun ini atau selama tiga tahun.
“Mereka (Bersih) menyebabkan unmat Islam di Malaysia tidak
dapat menunaikan tanggungjawab mereka.” kata Najib lagi.



Ulasan
Catat Ulasan