Kesian aku tengok kat Che Hasnah nie... dia ingat dia guru agama dia dah bijak pasal Islam... dia lupa yang taat pada suami adalah salah satu ajaran Islam... masakan ada sabdaan Nabi yang menyatakan seseorang perempuan itu akan dilaknak sehingga ke Subuh atas sebab tidak memenuhi kehendak suaminya....
dalam kisah lain bagaimana seorang sahabat melihat untanya tunduk sewaktu baginda nabi melaluinya, lalu kate beliau kalaulah unta yg tidak berakal ini sujud kepadamu nescaya aku sebagai manusia lebih semestinya sujud kepada Baginda Nabi... lalu apa jawab Nabi... sekiranya manusia boleh sujud sesama manusia nescaya aku akan minta setiap isteri sujud kepada suaminya.
'Semua ajaran Islam saya lakukan kecuali sertai Pas'
KOTA BHARU 12 Julai, 2012: "Saya seorang guru
agama, mengajar al-Quran dan saya mengerjakan solat. Semua ajaran agama Islam
saya lakukan kecuali satu perkara sahaja iaitu tidak menyertai parti Pas".
Demikian luahan hati, Che Hasnah Che Ahmad, 61,
yang terkejut dan sedih dengan tuduhan bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, yang
mendakwa dia sesat kerana tidak mengikut ajaran Islam sehingga diceraikan talak
satu.
Menurut Che Hasnah, selama 14 tahun mereka hidup
bersama, suaminya tidak pernah langsung menegur amalan agamanya, sebaliknya
tuduhan itu hanya timbul ketika hendak diceraikan.
Katanya, mereka juga tidak pernah bertengkar dalam
perkara lain kecuali bersangkut-paut dengan Pas dan masa itu suaminya cuba
mematahkan apa sahaja hujahnya.
"Tidak pernah bergaduh langsung. Kalau bertengkar
pun sebab politik, itu pun kerana dia suka sangat 'berceramah', jadi saya pun
bagilah pendapat. - UTUSAN









0 comments:
Post a Comment