
Selepas menggemparkan negara dengan buku Seks Suci Islam, Kelab Taat Suami (KTS) kali ini tampil dengan satu lagi penerbitan berhubung seks yang dinamakan Risalah Roh Suci dan Seks Suci Islam.
Wakil
penasihat KTS Fauziah Ariffin dalam satu sidang media hari ini berkata,
penerbitan baru setebal 24 halaman itu khusus untuk bacaan orang ramai
dan tidak terhad kepada ahlinya.
Tindakan KTS mempromosikan panduan seks sebelum ini menerima tindakan keras pihak berkuasa yang mengharamkan buku Seks Suci Islam dan membuat serbuan ke program yang mempromosikan buku berkenaan.
Sebelum ini Fauziah pernah mengeluarkan kenyataan ketika diminta mengulas mengenai buku Seks Suci Islam, “...bila manusia sudah
mampu sampai hati dan perasaan roh itu disuburkan. Roh ini terjadi di
kalangan orang-orang Tuhan yang sangat mendalami perkara ini. Sebagai
contoh anugerah Tuhan, ketika para sahabat Nabi berperang di tempat
yang jauh, Allah izinkan mereka untuk dapat melakukan seks dengan
isteri-isterinya.
“Namun saya rasa tidak perlu bercakap tentang
hal roh ini kerana ia terlalu asing untuk masyarakat kita. Jika saya
cakap ia akan menambahkan pening kepala walaupun ia banyak dihuraikan
dalam Quran dan Hadis dan di sepanjang zaman hal seks ini luas
diperkatakan.
“Seks ini menghiburkan dan ianya perlu terbuka
antara suami isteri,” kata Ummu Jah melalui telesidang (teleconference)
secara langsung dari Mekah.
.... habis jahanam bini pengasas ajaran sesat Al-Arqam, Ashaari Mohammad atau lebih dikenali sebagai ‘Abuya’....
Benarkah Adam Adli digari semasa dalam lokap?
9 minutes ago









0 comments:
Post a Comment