HARAMJADAH CHE DET : HINA AHLI PAS


Dalam laman blog Chedet, dia mendakwa ketaksuban rakyat Kelantan itu dilihat terlalu tinggi sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan itu  berkenaan agama Islam akan diterima bulat-bulat oleh rakyat Kelantan.

“Saya diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz.

“Demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa olehnya berkenaan agama Islam maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam,” kata Dr Mahathir dalam blognya bertarikh 6 Julai 2012.

“Kita hairan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini.

“Kata orang ini, tidak ada gunanya ulama lain atau Mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz, orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga. Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka. Tetapi inilah yang berlaku apabila terlalu taksub kepada pemimpin,” tegasnya lagi.


Menurut pemimpin yang masih lagi berpengaruh itu, walaupun Nik Aziz menyalah gunakan agama demi kepentingan politik apabila  mendakwa mengundi PAS akan beroleh jaminan syurga, masyarakat Kelantan tetap memilih pemimpin itu dan terus setia bersamanya.

“Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi PAS akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat.

“Kemenangan PAS di Kelantan dan di lain-lain tempat membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi,” tambahnya lagi.

Ulasan

  1. salam sejahtera...

    buat apa gaduh-gaduh... kan elok jika sesama Islam berbaik... erm... tak paham dengan dunia hari ini... semua orang rebut kuasa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular