Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbang untuk
mengharamkan novel terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)
yang dilancarkan perdana menteri pada 3 Julai lalu.
Penolong
Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
(Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod ketika ditanya mengakui perkara
itu kerana dikaitkan dengan unsur-unsur Syiah.
Mengulas tuduhan
itu, Faisal - felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) -
menjelaskan novel itu memang ditulis dengan tona berbaur Syiah yang agak
ketara kerana mazhab itu lapangan kajiannya selama ini.
"Orang
lupa sebahagian daripada saya adalah ahli akademik, sebahagian
(daripada) novel itu adalah dapatan dari kajian saya," katanya.
Malah katanya lagi, terdapat sebilangan sarjana Melayu Islam yang
menggagaskan Syiah untuk ditekuni sebagai satu bentuk falsafah untuk
memperkaya tasawur atau pandangan dunia Islam di Malaysia.
Kavyan seru Sasterawan Negara tampil
Antaranya Syed Naquib Alattas dalam bukunya The Concept of Education, makalah Yusof Zaki Yaaqub (1978), dan Dr Burhanuddin al-Helmy dalam Simposium Tarikat dan Tasawuf, kata Faisal.
"Nama-nama
yang saya sebutkan adalah mereka yang lakukan kajian ke atas Syiah
sebagai falsafah untuk diserapkan dalam dunia Sunni untuk luaskan
tasawur kita," tambahnya lagi.
Pertimbangan Jakim itu juga, kata
Faisal memberikan nama buruk kepada Datuk Seri Najib Razak yang
melancarkan buku itu dan berusaha keras memberikan peruntukan untuk
memajukan kesusasteraan Melayu selama.
"Tiba-tiba ada golongan
ini, yang melakukan tindakan berlawanan dengan usaha-usaha beliau selama
ini," kata penerima Anugerah Seni Negara itu.
Sementara itu,
aktivis Kumpulan Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar turut menerima
keahlian Faisal dalam kumpulan itu selaku ahli kehormat petang semalam
di Pesta Buku Selangor di Shah Alam.
Mengulas kontroversi buku
terbaru Faisal, Uthaya menggesa Sasterawan Negara yang ada sekarang
tampil menyatakan sikap berkenaan perkara itu.
Beliau turut menggesa kumpulan penulis Melayu yang bersuara lantang menghalang pemurnian novel Interlok sebelum ini bangkit membela Faisal.
"Kenapa tidak, mereka yang pertahan maruah penulis Melayu sama seperti yang pertahan Interlok dahulu (membela Faisal)," katanya.
DAP dah naik tocang?
17 minutes ago









0 comments:
Post a Comment