BANDARAYA MELAKA -
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah
menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, seorang pengendali
blog sebaliknya hanya RM1,500
selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.
Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke
RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat
rayuan.
“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.
“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38
bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak
bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.
Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah
Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat
modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.
“Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak
berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan
sebelum ini?" katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno
Negeri, di sini semalam.
Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat
berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah
dipersetujui.
Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu
mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal, bahawa
sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.
Blogger cap ayam angakt taik UMNO pun dapat RM2k sebulan... bayangkan berapa dibayar utk blogger bapak fitnah UMNO...
tue yg jadi gelap hati makan duit haram
Sedia terus berlawan dan Zahid yang sombong
47 seconds ago









0 comments:
Post a Comment