TOK PA : JELI MUNDUR DI BAWAH BN


Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan khusisnya di Jeli, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
  
"Di Kelantan, Jeli  memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di Kota Bharu hari ini.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke tempat lain.
  
"Kita tidak pernah sekat pelaburan datang ke Kelantan, kita promosi seluruh Malaysia, kita galak pelabur datang ke Kelantan khususnya Jeli, tetapi kita ada kekangan tersebut, oleh itu, kita pelu tangani kekangan itu sebelum tarik pelabur," katanya.

Ulasan

Catatan Popular