SAKSI KES KOMUNIS BKT KEPONG BERSANDARKAN BERITA PAPER UMNO

saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75, dari Raub, hari ini mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut.
Nathan mengaku telah membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut dimana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

“Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan,” katanya di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai... ulang... Julai untuk sambungan perbicaraan. – Bernama

Ulasan

Catatan Popular