PLAT PUN KENA BELI… UMNO HAPUSKAN KEISTIMEWAAN RAJA…



Kisah nombor plat kereta WWW 1 menjadi hal milik mutlak Sultan Johor dengan harga lebih setengah juta hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan di Johor yang kononnya menyatakan taat setia dan kasih mereka kepada Sultan.

Sehingga YB DS Nizar diselar sedemikian rupa oleh pencacai-pencacai UMNO dengan mendakwa Nizar telah menghina sultan, sehingga Sultan Johor sendiri pun boleh terpengaruh dengan tulisan-tulisan akhbar pencacai UMNO, Utusex. Padahal pada tulisan twitter asal YB DS Nizar tidak sedikitpun menyebut berkenaan akan sumber wang bagi mendapatkan plat setengah juta tersebut. Cuma nasihat seorang rakyat yang cintakan seorang sultan agar berakyat dimata dan berakyat dihati.

Sebenarnya, seorang Raja itu tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor begitu juga dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi.

Namun, UMNO sebenar telah menghina Sultan-Sultan Melayu dengan menghilangkan hak keistimewaan selaku ketua Negara dan Agama apabila sultan sendiri terpaksa membida plat seperti rakyat biasa.

Jadi apa keistimewaan sultan, sekeping plat kenderaan pun kena beli dari JPJ…? Apa salahnya diberi sahaja no WWW 1 kepada sultan Johor... takde sape pun nak marah kerana selayaknya baginda berhak mendapatkan no. yang digemarinya… tapi UMNO telah menghapuskan hak keistimewaan Sultan sehingga Sultan terpaksa menghabiskan setengah juta untuk mendapatkan plat yang digemarinya…. Yang pada hakikatnya kos membuat sekeping plat kereta adalah RM15 sahaja…. huhuhuhuhuhuhuhu

Sebenarnya siapa yang menderhaka kepada Sultan-Sultan Melayu? UMNO atau BN?

Ulasan

  1. tapi duit setengah juta pusingannya ke arah rakyat juga ,,,, dah duit dia lantak Baginda la nak buat ape,,, bukan Baginda tindas rakyat johor

    BalasPadam
  2. masalahnya setengah juta masuk kat JPJ... bukan dalam kocek rakyat Johor...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular