NAJIB LULUS "PINJAMAN" RM235 JUTA LOJI RAWATN AIR DI SABAH

Akibat ketakutan yang amat Najib dan BN bahawa Sabah akan jatuh ke tangan PR selepas PRU13 nanti. Dengan tergesa-gesa BN meluluskan pinjaman berjumlah RM235 juta kepada kerajaan negeri Sabah bagi membina sebuah loji rawatan air bersih di Keningau. Dana tersebut adalah bagi mengembalikan keyakinan bahawa Sabah merupakan aset tetap BN untuk memenangkan mereka setelah melihat percaturan yang tidak baik di Semenanjung.
Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu mendakwa bahawa berita gembira itu adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman menikmati kemudahan asas yang terbaik walhal itu adalah pemain simpanan mereka setelah pemain lain dapatnya tak boleh diharapkan lagi. 
Katanya, pembinaan loji itu apabila siap kelak bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pengguna di daerah itu.Menurut najib, kehadiran beliau di Keningau bukanlah semata-mata kehadiran kosong tetapi beliau ingin mengumumkan berita gembira buat rakyat Keningau iaitu kelulusan pembinaan sebuah loji rawatan air bersih di situ.

Menurut Najib pinjaman berkenaan juga membuktikan kemampuan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara untuk masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.
Sumber: BERNAMA

Ulasan

  1. Jadi siapa yang bayar pinjaman itu,setahu saya agensi yang menguruskan berkaitan dengan air disabah di kawal oleh Jabatan Air Sabah bukan syarikat swasta,jadi kenapa peruntukan itu dinama kan pinjaman,laian lah kalau macam dimalaya air diuruskan oleh syarikat swasta boleh lah dibagi pinjaman,..rupa-rupanya PM datang kekeningau bukan umumkan peruntukan tapi memberi pinjaman kepada negeri sabah,jadi kalau begini lah jadi setiap yang diumumkan oleh Kerajaan BN disabah berupa pinjaman...ahhhhhh alamat lah rakyaat sabah bertambah miskin disebabkan membayar hutang kepada kerajaan Malaysia(Pusat)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular