MENTERI BN DESAK NAJIB SEGERAKAN PRU

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Letih dan penat dengan ugutan berterusan daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan, kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan raya umum ditunda lebih lama.

Konsensus antara menteri dan pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan pada penghujung tahun.

Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat sukar untuk Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk memberikan kontrak, lesen, kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.

Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin berpengaruh dan kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin akan kehilangan sokongan dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang berhasrat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang selepas kejayaan mereka pada 2008.

"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai, namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas pembentangan Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka," kata mereka.

..... korang tunggu la sampai jadi penunggu....

Ulasan

Catatan Popular