KAYVEAS HIDUP SETINGGAN 25 TAHUN SEBELUM UMNO PUNGUT DIA...

Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP),menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.

“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.

“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alas an untuk setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya.

“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”

“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas , adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.

Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat falsu melalui media sosial.

“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.

“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.

“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.

“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.


.... 25 TAHUN HIDUP DALAM SETINGGAN DIBAWAH UMNO/ MIC

Ulasan

  1. M Kayveas menuduh semberono nak ambil hati UMNO ...almaklumlah dah diketepikan sekian lama dari menjadi calon wakil rakyat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular