KALU UMNO ADA ZAMAN NABI... MESTI DEPA NIE KATE ABU BAKAR JAHIL!!!!


Jahil sungguh Saidina Abu Bakar nie... Lebih mengutamakan perlantikkan pemimpin berbanding dengan pengurusan jenazah Nabi Muhammad SAW… mungkin itu kata-kata puak-puak UMNO sekiranya mereka hidup dizaman Nabi seumpama ayat-ayat Abdullah Bin Ubai, bapak segala kemunafikan di zaman baginda Nabi….

Mungkin puak-puak ini lupa atau yang lebih tepat tak tahu pun kisah kewafatan Nabi dan perlantikan Khalifah pertama iaitu Siadina Abu Bakar. Muhammad Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah r.a dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W telah memperlihatkan kekalutan pemilihan pengganti Rasulullah S.A.W. Abu Bakar r.a. telah di lantik menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Walhal jenazah manusia yang begitu agung Nabi Muhammad S.A.W belum disempurnakan dan dikebumikan. Ini menunjukkan urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat diketuai oleh Saidina Ali r.a. pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W.
Semalam kita lihat puak-puak yang jahil agama dikalangan pemimpin tinggi UMNO menyalak berkenaan isu penangguhan perlaksaan ibdah Haji kepada bakal-bakal calon PAS. 

Ahmad Maslan turut mendesak Tuan Ibrahim dan Pas agar segera memohon maaf kerana jelas permintaan tersebut tidak wajar serta tidak adil khususnya kepada bakal jemaah haji terlibat.

Ahmad berkata, tindakan terbaru Pas itu jelas memperlihatkan sifat sebenar parti itu yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meletakkan kepentingan pilihan raya lebih tinggi daripada agama demi politik.
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyifatkan permintaan Pas itu terhadap ahli-ahlinya yang terpilih sebagai jemaah haji pada tahun ini sebagai tidak wajar.

Beliau berkata, walau apa yang berlaku keutamaan menunaikan Rukun Islam kelima itu perlu didahulukan dan bukannya pilihan raya.

Begitu juga dengan hari ini... terus menyerlahkan kejahilan puak-puak ini termasuk puak-puak agama....

Ulasan

Catatan Popular