HARAP KAJOL TERUS BERUBAH
KOTA BHARU: Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi
sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan
apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.
Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.
Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.
Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.

semoga ALLAH memberi hidayah kepada die..jugak kepada kite semua....mudah-mudahan..amin
BalasPadam