HARAP KAJOL TERUS BERUBAH

LEGA...Kajol (kanan) bersama Mohd Zaki selepas mendengar keputusan rayuan, semalam.KOTA BHARU: Penyanyi mak nyah terkenal Kelantan, Kajol, yang menyepi sejak sekian lama selepas terbabit dalam beberapa kontroversi, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam dengan penampilan mengejutkan apabila berpakaian lelaki lengkap dengan kopiah putih.

Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, hadir bagi mendengar keputusan rayuan terhadap hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, pada 21 Jun tahun lalu, atas kesalahan berpakaian dan berlagak seperti perempuan.

Dalam prosiding semalam, Mahkamah Tinggi Syariah menerima rayuan terhadap hukuman berkenaan dan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam keputusannya turut menangguhkan pelaksanaan hukuman itu selama setahun.

Bagaimanapun, Kajol disyaratkan berkelakuan baik dan tidak mengulangi kesalahan sama sepanjang tempoh berkenaan.

Ulasan

  1. semoga ALLAH memberi hidayah kepada die..jugak kepada kite semua....mudah-mudahan..amin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular