DEMI PILIHANRAYA BERSIH... AMBIGA RELA KE PENJARA
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan sedia dipenjara demi
mempertahankan perjuangannya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih di
negara ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu sewaktu sesi “chat secara online” di laman Yahoo Malaysia hari ini sewaktu menjawab pertanyaan salah seorang pengunjung ruangan chat tersebut.
Antara soalan pengunjung itu adalah, “Adakah anda rela dipenjarakan kerana tindakan anda?” (Are you willing to be jailed for your cause?); dan Ambiga kemudiannya menjawab,”Ya”.
Kebanyakan pengunjung yang bertanyakan soalan di ruangan chat yang bermula jam tiga petang itu memberikan fokus terhadap perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Selain itu, Ambiga juga menolak untuk menjadikan Bersih sebagai parti politik, dan beliau juga tidak bercadang untuk menjadi menteri.
“Adakah anda berminat untuk menjadi menteri?” soal seorang pengunjung yang hanya dikenali sebagai Baskaran, dan Ambiga kemudiannya membalasnya dengan “Tidak, tidak sama sekali!”(No, absolutely not!).
Pengunjung lain, Howard Klein pula bertanya sama ada pemimpin perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu turut bercadang untuk bertanding dalam pilihan raya.
‘‘Ambiga, adakah anda berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum?”, Ambiga turut menjawab,”Sekali lagi, tidak!” (Again, no!)
Sesi berkenaan yang tamat sekitar jam 4.15 petang itu turut menyaksikan sebahagian peserta ruangan chat tersebut yang bertanyakan soalan yang dilihat seperti tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 3.0 penghujung April lalu.
“Anda seorang peguam... tetapi tindak-tanduk anda bersama BERSIH boleh disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang. Demontrasi jalanan hanya menyusahkan sebahagian rakyat Malaysia.. TQ,” tanya seorang peserta yang bernama Awang.
Ambiga kemudiannya menjelaskan, “Demonstrasi jalanan merupakan antara hak asasi rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Beliau juga turut menolak perhimpuan Bersih adalah salah dari segi undang-undang.
“Saya percaya anda telah tersalah lihat Akta Perhimpunan Aman, namun, anda perlu melihat pula kepada Perlembagaan, yang memberikan hak untuk berhimpun. Ia adalah undang-undang tertinggi yang kita pegang,” katanya menjawab soalan Elsie, yang bertanyakan berkenaan undang-undang hanya membenarkan perhimpunan aman dan bukannya demonstrasi.

- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan