20 Jun 2012

Apa? Pas, PKR bantah bina SAR kawasan Kak Midah
abu nu'man20 Jun 2012 3 Komentar



Pas, PKR bantah bina SAR

IPOH 19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar tengah ) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.


Sebenarnya isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.

UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya.  Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman.  Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.
Image
Image
Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar.  Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN.  Siapa yang menzalimi rakyat?
Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan.  Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.  Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat.
Bantahan rakyat:
  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan.

.... Hebat Kak Midah..hebat UMNO....
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. tak usah nk bg seribu alasan bodoh la.. hakikatnya kamu memang memalukan Islam.. projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri, MBI dan pejabat agama.
    Student belajar dalam khemah sebab Dewan terlalu sempit.
    BN xperlukan dewan tu sebagai bilik gerakan ttp PR shj yg gilakan dewan tu.

    Nk berpolitik berpada2 la bai.. jgn sampai makan najis babi

    BalasPadam
  2. PAS sudah jual Islam demi rakan dlm Pakatan Rakyat..jangan nak berdolak dalih...PAS sememang munafik Islam

    BalasPadam
  3. Bang*** betul pemimpin UMNO Sg. Rapa ni.... yang penyokong2 nya pulak bi*l.... sanggup bersama2 bersekongkol menzalimi anak2 sekolah agama dan membuli masyarakat Taman Pegoh Aman... Kalu jumpa ular dgn Midah, katok midah dulu sampai mamp** baru katok ular!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.