25 Jun 2012

AKHIRNYA MASALAH 4 DEKAD SELESAI DIBAWAH DAP PENANG
abu nu'man25 Jun 2012 2 Komentar

GEORGETOWN: Pemberian pangsapuri sebagai ganti kepada lebih 197 penduduk Kampung Tanjung Tokong daripada pemaju diibaratkan sebagai sebuah mimpi menjadi kenyataan selepas lebih 40 tahun menanti.

Ia berikutan penduduk berkenaan dan pemaju, UDA Holdings Berhad, bersetuju dengan perjanjian penyelesaian bersama sekali gus mengakhiri kemelut pembangunan sejak empat dekad lalu.

Penduduk asal kampung itu, Latifah Hashim, 55, berkata kesabaran menunggu kata putus daripada pemaju akhirnya berbaloi selepas mereka diberi satu unit rumah yang dibina dengan kos sebanyak RM120,000 dan RM300,000 bagi harga pasaran.

Menurutnya, penantian itu juga tepat pada masanya kerana rumah transit didiami mereka sering digenangi air dan banjir kilat apabila hujan lebat mengakibatkan barangan mereka rosak.

“Saya tinggal di kampung Tanjung Tokong sejak lahir lagi dan sudah tentu berasa sedih kerana terpaksa berpindah dari kampung halaman tetapi pemberian rumah dijanjikan menjadi pengubat kesedihan kami sekeluarga.

“Selepas ini, kami tidak lagi dihantui kebimbangan ketika hujan lebat pada waktu malam dan berharap dapat tidur nyenyak dan selesa di rumah baru itu,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk yang turut menandatangani perjanjian itu, Karim Tamisya, 84, berkata, selepas menetap di rumah transit, dia dan keluarga menghadapi masalah bekalan elektrik yang kerap terputus.

Selain itu, menurutnya pelbagai masalah timbul dan menyukarkan urusan harian penduduk berikutan rumah transit itu sudah tidak sesuai dijadikan kediaman.
“Akhirnya, penduduk kampung akan bersatu semula dan saya bersyukur kerana kemelut yang melanda antara pemaju dan penduduk sudah berakhir dengan baik.

“Selain itu, pembinaan bangunan dua tingkat yang menempatkan Surau Desiran Tanjung dan dewan serba guna juga akan dimanfaatkan sepenuhnya penduduk di sini,” katanya.

Latifah dan Karim ditemui dalam Majlis Penyerahan Surau Kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelesaian Bersama Penduduk Tanjung Tokong yang disempurnakan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed di rumah transit itu, baru-baru ini.

Seramai 197 orang terbabit dalam perjanjian penyelesaian bersama itu.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata, pemberian rumah seluas 800 dan 850 kaki persegi itu akan mengambil masa empat tahun bagi disiapkan.

.... kalu penang dibawah BN/ Gerakan.... sampai bila2 pun masalah ini tak selesai...
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. SETUJU SANGAT!!!!! memang betul tu.....

    BalasPadam
  2. Sebenar nya UDA n Nur Jazlan Mohamad tu siapa eehhhh!!!!.....syarikat DAP n ahli DAP/PKR sgak nya!!!!Sebenarnya UDA tu sykt kerajaan BN dan Nur Jazlsn tu org UMNO....jd yg menyelamat n menyrdiakan rumah tu BN laaa....jgn DAP nak dabek dada pulak!!!!!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.