4 UNIT ASET NFC DISITA


KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
“Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi ‘subject matter’ kepada kes,” katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Empat aset yang disita itu ialah dua unit ‘One Menerung’ kondominium di sini untuk unit B1-2 dan B1-1, dan dua unit tanah di lot 4 dan lot 5, Precint 10, Bandar Putrajaya. .– Bernama

Ulasan

  1. daulatkan undang2, yang dah jelas salah pasti akan menerima hukuman...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular