"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Saya
ditahan sekitar jam 3.50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh
muka di paip di situ.
"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Saya
sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak.
Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang
ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak
membeli tiket di stesen LRT.
Penguatkuasa
DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning
tangkap!".
Saya
tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki
hamun.
Mereka
kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus
cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai
baju kuning satu jenayah di Malaysia?
Itu
sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi
lain termasuk DBKL.
"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Itulah
antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk
dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut
mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"
Sewaktu
diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya
ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.
Macam samseng
Pelik,
adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar
fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh
seorang anggota polis.
Umumnya
saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu
polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan
Rakyat.
Tetapi
yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka
gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika
kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.
Itulah
gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan
samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.
Pada
satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada
seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan
tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang
ini mati awak akan disoal."
Pegawai
ini pucat tak terkata apa-apa.
Itu
semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan
Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka
mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.
Sikap
samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada
tahanan baru sampai.
Tahanan
ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah
anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan
yang sudah lemah longlai diheret itu.
Ada
juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan
itu.
Pada
satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami
diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di
sebalik van dan trak itu.
Apa
yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan,
beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang
menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.
Dalam
garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja
Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada
kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.
Pegawai
pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang
putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula
berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya
"profesor".
Gambaran kebodohan
dan ketakutan
Sewaktu
di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main
lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga
pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan
hentak kaki.
Itulah
agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak
kira apa.
Di
Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam,
di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat
sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.
Ini
jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik
Umno-BN termasuk RTM.
Satu
lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu.
Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah
Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat
tertib dan beradab.
Para
pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka
mudah dikenali melalui uniform mereka.
Sewaktu
di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya
soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa.
Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.
Pesta pukul orang
Atau
mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata
saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis
berpesta pukul orang."
Mereka
berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga
sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai
baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.
Ertinya
hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki
pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa
lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.
Pasuka
polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan
tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.
Tanggapan
saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan
tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin
sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling
korup di negara ini.
Sebab
itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung
undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.
Ulasan
Catat Ulasan