PENCEN ASKAR CARI DUIT BUAT SENAMAN PUNGGUNG DEPAN UMAH AMBIGA

Kira-kira 10 askar bersara membuat senaman punggung pagi tadi dalam protes kedua yang dilakukan di luar rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara untuk membantah perhimpunan Bersih pada 28 April yang lalu.

Ahli-ahli Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) melakukan senaman punggung itu sebagai protes terhadap pengerusi Bersih yang mereka dakwa adalah “musuh” negara.

“Kami tentera veteran ada hak untuk membantah ‘musuh’ yang cuba cemarkan nama negara,” presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom berkata.

Apabila Ambiga  berjumpa dengan veteran askar di luar rumahnya, mereka memberikan poster yang ditulis “tolak Ambiga Anwar” kepadanya, yang merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di poster itu juga terdapat lukisan seorang lelaki berpakaian kuning, iaitu warna rasmi Bersih, dengan seluarnya terbuka dan punggungnya terdedah di bawah perkataan “perusuh haram Bersih 3.0”.

Protes yang diadakan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan demonstrasi kedua di hadapan rumah bekas presiden Majlis Peguam dalam kurang daripada seminggu.

Ulasan

  1. iss..isss....iss tololnya bekas tentera ni, dahlah tua, pencen buat perangai macam budak2 kemas aje. buruk betul perangai org tua macam ni masih tak matang. malulah sikit kat anak-bini dan cucu-cicit tu. kalau jiran2 tau mana nak letak muka anak menantu ni.

    BalasPadam
  2. low class punya askar pencen,tak tau mana satu politik, mana satu parti,mana satu kerajaan dan mana satu negara,oiiiii!umno itu parti,Negara itu Malaysia,ketua negara adalah YDP Agong,Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang mengetuai pentadbiran kerajaan apabila memenangi satu satu PilihanRaya.Tuntutan bersih hanyalah kepada satu pilihanraya yang adil dan bersih dari sebarang penyelewengan,ada faham?Boleh mengancam keselamatan Negara?Bagi ic pd Bangla,Myanmar,kemboja,dan indon lagi bahaya,keselamatan satu perkara,wabak penyakit satu perkara.Tengok sekarang,pelbagai penyakit yang dulunya dah pupus timbul semula seperti kusta,Tibi,Untut dan sebagainya.Cheh!

    BalasPadam
  3. askar veteran = askar tak guna..dah tak boleh pakai

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular