REMAJA DIBELASAH GARA-GARA BERBUAL DIRUANG TAMU

AMPANG: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bukan saja dibelasah bapa rakannya dalam keadaan kedua-dua tangan dan kakinya diikat, malah turut ditarik keluar dari rumah lelaki itu sebelum kepala dan badannya dipijak jiran, malam kelmarin.


Difahamkan, amukan lelaki berusia 30-an terbabit berpunca selepas melihat kelibat remaja itu di dalam rumahnya di Hulu Klang, di sini, bersama anak gadisnya yang juga rakan sekelas mangsa.

Ekoran tidak berpuas hati melihat kehadiran mangsa dan menyangka menceroboh rumahnya, lelaki itu bertindak agresif dengan membelasah mangsa.

“Kejadian berlaku jam 9 malam selepas lelaki terbabit pulang ke rumah dan melihat mangsa berbual mesra dengan anak gadisnya di ruang tamu.

“Hairan melihat kehadiran mangsa, lelaki terbabit membelasah remaja itu beberapa kali. Mangsa yang terkejut cuba mempertahankan diri dan bertanya kenapa dia dibelasah. Namun, lelaki itu tidak mempedulikannya, malah berlalu pergi dan datang semula ke arah mangsa dengan membawa tali,” katanya.

Menurut sumber, lelaki terbabit mengikat kedua-dua tangan dan kaki mangsa dengan tali walaupun cuba dihalang anak gadisnya.

“Mangsa yang dalam ketakutan merayu minta dilepaskan, tetapi tidak dipedulikan sebaliknya mangsa dipukul berulang kali sebelum dia diheret keluar dari rumah.

“Sebaik ditarik keluar dari rumah, lelaki terbabit dipercayai memberitahu beberapa jiran dan rakannya yang tinggal berhampiran dengan mendakwa mangsa menceroboh rumahnya,” katanya.

Ulasan

  1. ada hikmah jg tindakan bapa tersebut...kalu x, bmbg anak gadisnya akan diratah oleh rakan lelakinya itu...zaman skrg susah nak ckp...mak ayah ada kat dlm rmh pun...teman lelaki anak gadis berani merayap msuk bilik anak buat kerja xsenonoh...halal haram dah xtau lg...cuma bapa tersebut sepatutnya memberi amaran agar bdk lelaki itu xdtg lg kermh nya. elak maksiat. Allahu alam

    BalasPadam
  2. Berfikir dahulu sebelum mengajar anak orang, ajar anak sendiri dahulu kenapa beri laki-laki masuk ke rumah tanpa ibu-bapa, didik anak betul-betul baharu boleh nasihat anak orang lain, ini sampai memukul-mukul itu dah lebih, kalau kena anak sendiri bagaimana? Bukankah lebih baik beri nasihat secara hikmah.. apa anak tikus, main pijak-pijak dan ikat lagi..otak sempit

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular