PARTI KITA PECAT 2 PENGERUSI NEGERI

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) hari ini memecat dua orang pengerusi negeri kerana melanggari disiplin parti.


Pemecatan pengerusi negeri Pulau Pinang Tan Tee Beng dan penegrusi Kedah Zamil Ibrahim adalah dengan serta merta, mengikut kenyataan oleh pengerusi jawatankuasa disiplin KITA, Wan Hasemah @Wan Norjam Wan Sulaiman.

Tan juga dilucut keahliannya dari jawatankuasa pusat parti tersebut.

MP Nibong Tebal yang bertanding atas tiket PKR telah keluar parti tersebut dua tahun lalu dan menjadi MP bebas seketika sebelum memasuki KITA.

“Jawatankuasa Disiplin Parti Kita dalam mesyuaratnya pada semalam telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Pengerusi Cawangan Pulau Pinang, dan Pengerusi Cawangan Kedah, Zamil Ibrahim.

Namun begitu, menurut Wan Hasemah, kedua-dua mereka boleh membuat rayuan kepada jawatankuasa eksekutif pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Difahamkan pemecatan tersebut ada kene mengena dengan kenyataan mereka yang mendesak Pengerusi Parti Kita, Zaid Ibrahim untuk meletakkan jawatan selaku pengerusi daripada membubarkan parti tersebut dalam masa terdekat.

Ulasan

Catatan Popular