CHE DET PATUT SAMAN TUN DZAIDDIN KALAU SEMUA ITU FITNAH

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.
Namun begitu, Dr Mahathir berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

... Ada beran?

Ulasan

Catatan Popular