31 Okt 2011

NAME PERTUBUHAN AMAL 'ISLAM'.. TAPI PERANGAI HARAM JADAH
KHAT KUFI on CANVAS31 Okt 2011 6 Komentar

Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut ‘litar perlumbaan’ dibina bagi kegunaan mereka.


Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.

Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan ‘LGE rasis’ - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.

Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi “Kami mahu litar lumba”.

Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.

Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.

Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.
Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.

...Tukar name la... Pertubuhan Beruk Gabungan Amal (PERBEGA)

NAJIB PATUT LETAK JAWATAN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya.

... jadilah sebahagian antara mereka...

4 BEKAS UKM MENANG: AUKU CANGGAH PERLEMBAGAAN
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini.
Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.


Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010.
Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing.
Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan.
“Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik,” kata Wong sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini.
“Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara,” kata Woon lagi.
Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah.
“Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan negara pada masa depan,” katanya.

NI YANG AKU SAYANG SANGAT PAPAGOMO!!!
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

... Fitnah!!!Fitnah!!!Fitnah!!!... itulah keja blogger pencacai angkat najis UMporNo

KUALA LUMPUR, 30 Okt (BERNAMA) : Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger (papagomo) yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini....

…. Ana malas nak tampal sepenuhnya berita dari BERNAMA ini… tapi cukuplah menceritakan siapa dia blogger percacai angkat najis UMporNo sebenarnye dan sifat UMporNo tuan empunye najis…

...TERUSKAN BERKARYA BUAT BLOGGER PENCACAI ANGKAT NAJIS UMNO... GUA SOKONG LU!!!

ISTERI KE-2 BERGELAR DATIN PERDAYA LAKI SENDIRI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak ‘bermain wayang’ apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.


Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.

Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.

Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.

“Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.

.... kalau isteri pertama datuk ini baca berita mesti dia gelak berguling-guling....

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,”
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar “jangan tiru Taliban” dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.

“Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban,” kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
... so harapnya benda ini tak berlarutan... ini semua akan menjadi senjata kepada umno kalau tak diselesaikan dengan baik....

PAGE UGUT UNDI PR JIKA TAK LAKSANA PSSMI... PIGIDAAA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Pertubuhan bukan kerajaan PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, mereka akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika  demikian menurut PAGE hari ini.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

PAGE kena domo dulu untuk laksanakan semula PSSMI

29 Okt 2011

ANA AKAN PASTIKAN BRAHIM KATAK KALAH PRU13
KHAT KUFI on CANVAS29 Okt 2011 6 Komentar

Ibrahim Ali aka katak forever yang memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tiga tahun lalu akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13, kata parti Islam itu.


Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.
Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata bahagian parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira “selesai.”

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umumk ke-13 akan berhadapan dengan  Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’. Itu kemungkinan besar.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi. Ibrahim memperoleh 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi Mahmad mendapat 19,682 undi.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim (6,198).

.... ana selaku anak jati Parlimen pasir Mas akan pastikan Brahim katak akan kalah pada PRU13 walaupun dia wujudkan Dataran dia sendiri dekat umah ana....

LINTAS LANGSUNG IJTIMA' TARBAWI PEMUDA PAS
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Disebelah malam nye pula para pemuda di sajikan dengan program ceramah pentas pemuda yang dibarisi oleh penceramah yang hebat seperti Dr. Kamal AL Herbawi wakil Palestin, Mahfuz Omar, Ustazah Siti Zailah, KP sendiri, Ustaz Nasrudin Hassan dan dipengeruskan oleh Ustaz Ridhuan Md Nor.


 Para petugas sedang berbincang akan program yang diadakan pada esok harinya

LINTAS LANGSUNG IJTIMA' TARBAWI PEMUDA PAS
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

 Hari kedua Ijtima Tarbawi Pemuda Pas Peringkat Kebangsaan 2011 dimulakan dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 Sekitar jam 8.30 pagi para pemuda disajikan dengan ucapan khas daripada Mantan Murshidul Am Ikhwanul Muslimeen, Dr. Mahdi Akif

Dr. Mahdi menekankan tentang betapa pentingnya menepati masa sehingga dalam salah satu ucapan beliau ada menceritakan yang dizamannya pernah satu ketika beliau berjaya menghimpunkan pemuda pemudi ikhwan muslimeen sekitar 500 orang dlm tempoh 30 SAAT.


Ramai lagi yang tak dapat memasuki dewan Dato' Hj Fadhil Noor
 Jam 10.45 pagi Pembentangan Kertas kerja Pertama disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali di bawah tajuk PAS dan Tahaluf Siyasi
 Al Fadhil Ustaz menceritakan sirah di zaman Baginda Nabi terhadap hubungan tahaluf dengan kabilah arab dan kaitannya dengan hubungan Pas hari ini.
 Selapas Zohor Para pemuda disajikan Forum yang disampaikan oleh Dato' Mustapa Ali dan Dato' Abu Bakar Chik di bawah tajuk 'MAsa Depan Perjuangan Pas dalam Lanskap Politik'
 Ustaz Nazri Chik, Exco pemuda Pas Pusat selaku moderator forum tersebut.
 Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan pidato beliau
pehhhhh... ramainye!!!

28 Okt 2011

AYUH BOIKOT IJTIMA'... KITA PERGI TENGOK BOLA....
KHAT KUFI on CANVAS28 Okt 2011 3 Komentar

 Kehangatan Piala Malaysia sabtu ini semakin hangat apabila FAM berkeras dengan harga tiket RM50. So dengar cerita kedua-dua penyokong N9 dan Terengganu masing-masing difahamkan akan memboikot untuk menyaksikan perlawanan akhir di Shah Alam dan akan menyaksikan dilayar-layar kedai Mamak sahaja dengan tiket RM5 (teh tarik/ roti kosong/ mee mamak)...

macam-macam protes dilakukan... kain rentang lah...blog lah... facebook lah... twitter lah.... tapi betul ke nak boikot pergi stadium??? sebab orang N9 dan Tengganu nie bukan boleh percaya sangat... cakap gedegang- gedegung... buat nye tidak pun....
so alang-alang boikot ... apa kata kita pakat pergi ke Ijtima Tarbawi Pemuda Pas Malaysia yang bermula sekarang sehingga ahad ini... dengar cerita akan pasang skrin besar di luar Taman Melewar...

"HULURKAN TANGAN" : ROSMAH DIPERTUA PANDU PUTERI MALAYSIA
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Kehadiran yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang juga isteri Perdana Menteri Datin Sri Rosmah Mansor ke majlis perasmian Pandu Puteri Turun Padang mencatat 1001 kenangan manis kepada seluruh warga pandu puteri dan orang ramai yang membanjiri Padang Astaka, Dungun tempat berlangsungnya program itu pada bulan April lalu.

Dalam lawatannya itu, Datin Sri Rosmah berharap Pandu Puteri terus memain peranan sebagai ‘Duta Kecil’ dalam mempromosi persatuan supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pertubuhan bukan kerajaan lain di negara ini.


“Saya menyeru kepada semua supaya menghulur tangan membantu orang lain agar kita dapat memanfaatkan potensi diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat,” katanya.

HULURKAN TANGAN RINGANKAN si BEBANL... WAKAKAKA

MINAH AJARAN PUTERI UMNO... JAHANAM
KHAT KUFI on CANVAS 10 Komentar

“Pernah kawan lelaki satu sekolah ajak dating, setiap kali dia ajak, saya bagi la alasan sibuk, takut mak marah, tak cukup dewasa lagi nak dating. Tapi sebenarnya bukan tak nak, dia hanya ada motor je mana ada standard dating naik motor”,


ini sah kesan dari didikan agama yang mantap yang telah diajar oleh BN kepada remaja-remaja hari ini... tengok je lah gaya bahasanya yang lebih memandang kepada standard bukan dosa kepada Yang Maha Pencipta..

DIMANA NORMA-NORMA SEBUAH KEHIDUPAN?
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

2 minggu lepas kita digemparkan dengan berita budak 2 tahun yang dilanggar dan digilis di China yang akhirnya membawa kematian selepas lebih seminggu koma. Sadis betul kan....dan sedih dan tergamak sungguh orang di sana tak membantu langsung...kejadian ni dah mencetuskan kemarahan di kalangan masyarakat dunia.... dimana nilai-nilai ihsan yang ada pada manusia...



mujur perkara ini bukan di 1 Malaysia..... apakah rakyat Malaysia juga begitu?

ISU HUDUD : KUDA TUA UMNO MAKIN MERAPUUUUUU
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Siapa lagi kuda tua UMNO kalau bukan Che Det sendiri. Terbaru dia dengan merapunya terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.


“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

.... apa lagi Sami Vallu & Lim KiT Siang kena daftar Haji tahun depan sebab mana adil orang Islam sahaja pergi menunaikan ibadah haji...

AIDILADHA 6 NOVEMBER... LARANGAN MEMOTONG KUKU BAGI YG BERKORBAN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya dipetik Bernama Online.

Ini bermakna 1 Zulhijjah jatuh pada hari ini, 29 Oktober 2011.... jadi kepada yang masuk korban tahun ini maka dimakruhkan ke atasnya untuk memotng rambut, bulu dan kuku sehingga haiwan korban itu disembelih.

Ini berdasarkan HR aljama'ah (kecuali alBukhari) dari Ummu Salamah ra: (sabda) "apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, jika ada di antara kamu yg mahu berkurban, hendaklah dibiarkan rambut, bulu dan kukunya."


Jumhur (kecuali Hanafi) : makruh hukumnya.

Sebab ditegah memotong kuku ialah supaya seluruh tubuhnya terhindar dari neraka.

Tambahan kepada jawapan mengenai sebab-sebab larangan memotong kuku dan rambut, menurut bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (Fatawa Islamiyyah 2/316) bahawa :

"Hikmah larangan ini ialah apabila seorang itu ingin menawarkan korban, dia seolah-olah menyertai jemaah Haji didalam salah satu ibadat Haji - dengan kata lain mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan menyembelih korban, dia juga menyertai beberapa ciri-ciri Ihram, iaitu dilarang memotong rambut dan sebagainya."

wallahu'alam

27 Okt 2011

MAT ZAIN BUAT NAJIB PANAS BONTOT
KHAT KUFI on CANVAS27 Okt 2011 4 Komentar

Menurut Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan bekas pegawai kanan polis mendakwa bertemu secara peribadi dengan Najib Razak pada Oktober 2008 yang mana Najib pernah mengatakan Abdul Gani Patail dan juga Ketua Polis Negara masa itu Musa Hassan tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 DSAI.
Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.
“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.
Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”
Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.
Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

"PEMUKIMAN PEMUDA YANG DINANTI" - NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KHAT KUFI on CANVAS 4 Komentar

Bermula esok [ 28 Oktober 2011 – Jumaat - jam 4.30 pm ] hinggalah [ 30 Oktober 2011 ], Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi bakal melakar sejarah menelusuri episod perjuangan Islam di Malaysia, apabila anak – anak muda yang cintakan Islam, sahabat seperjuangan yang rindukan ikatan ukhuwwah Islamiyyah dan pejuang yang perlukan sentuhan tarbiyah ruuhiyah harakiyah dari para murabbinya akan berhimpun dengan penuh “persediaan” untuk ditarbiyah aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka di KUIZM Taman Melewar.
2. Malah anak – anak muda yang ingin merasakan pengalaman baru dengan sentuhan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia membina dan mengkaderkan anggotanya turut tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan menyertai acara tahunan ini, sebagai himpunan yang terbesar malah terpenting selepas muktamar tahunannya.
3. Saat saya menulis artikel ini, sebahagian pemuda telah pun bergerak dengan penuh semangat dan teruja untuk menjadi peserta paling awal ke Ijtima’ Tarbawi 2011, sementara yang lainnya pula berdebar – debar menanti saat untuk berlepas pergi. Tentu sahaja keikhlasan akan tersemat jauh di dalam sanubari mereka kerana melepaskan masa dan kepentingan lain untuk beruzlah di Taman Melewar tentunya tidak mengharapkan apa – apa selain redha Allah swt.
4. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat berijtima’ buat semua anak – anak muda yang mewarisi semangat pejuang, untuk terus mendidik diri agar lahir dan tampil sebagai pejuang yang mantap pemikiran, kental semangat dan tabah jiwa menggalas amanah perjuangan suci ini.
5. Tahniah jua saya ucapkan buat seluruh warga kerja sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 yang diketuai oleh sahabat saya al fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang gigih dan sibuk tahap gaban untuk menjayakan Ijtima’ tersebut. Sesekali saya berkesempatan masuk dan menyertai mesyuarat sekretariat ini dan ternyata ia sungguh membanggakan saya. Bukan sahaja berbincang dan bermesyuarat, tetapi juga mereka sangat serius, gigih, bersungguh dan rajin melaksanakan apa jua keputusan mesyuarat. Saya doakan agar mereka diberi kekuatan dan keupayaan untuk menghasilkan kualiti Ijtima’ Tarbawi yang terbaik insyaallah.
6. Namun, perlu saya tegaskan di sini buat semua peserta agar turut bersedia menghadapi apa jua kesulitan dan kesukaran yang bakal ditempuhi sepanjang Ijtima’ Tarbawi 2011 sungguhpun pihak sekretariat telah mengesat keringat di betis. Tentu sahaja akan ada kelemahan dan kekurangan luar jangka yang berlaku dan dikesan oleh peserta. Justeru Ijtima’ Tarbawi ini sifatnya sebagai program pengkaderan, maka saya harap semua peserta tidak merungut dan mengomel, apa lagi merasa kesal dengan segala kesulitan yang bakal ditempuh sebaliknya menerima dengan tenang dan semangat juang yang tinggi sementara segala kelemahan itu kita akan atasi bersama insyaallah.
7. Ijtima’ Tarbawi 2011 bukan kursus keusahawanan atau kursus kemahiran yang mempunyai budget kementerian dan juga bukan hari keluarga atau perkelahan musim cuti untuk menikmati segala kemudahan, keselesaan, keseronokan dan kerehatan. Sebaliknya ia adalah program pembinaan, pendidikan, pengkaderan, pembentukan dan pemantapan. Justeru itu, segala kepayahan, kesulitan, kelemahan dan kesukaran yang bakal ditempuh adalah sebahagian dari “pakej tarbiyah” yang mesti diterima dan diambil oleh peserta dengan baik, tekun dan cermat sekalipun ia tiada dalam agenda dan tentatif program.
8. Saya kira segala kesulitan dan kesukaran itu adalah “campurtangan Allah swt” untuk mendidik para pejuangnya agar mencapai matlamat dan objektif Ijtima’ Tarbawi ini. Malah pengalaman saya, jua pengalaman senior – senior saya dalam mengambil skima pentarbiyah dari jamaah ini, suatu “tarbiyah yang tiada dalam tentatif” program itulah yang lebih meninggalkan kesan mendalam pada diri setiap peserta jika mereka benar – benar bersedia untuk ditarbiyah agar lahir sebagai pejuang bertaraf Ansoorullah.
9. Sekurang – kurangnya ada 3 tumpuan yang perlu diberikan oleh setiap peserta Ijtima’ Tarbawi ini.
Pertama : Setiap pengisiannya yang terdiri dari taujihat, amanah, wasiat, kertas kerja, forum dan arahan pimpinan. Antara cara memberi tumpuan ialah dengan rakaman audio, menulis dan menghafaz point – point penting.
Kedua : Aktiviti dan amali sepanjang Ijtima’ seperti al mathurat, solat jamaah, qiamulail, munajat, taaruf, makan bersama, rehat bersama dan pelbagai aktiviti yang bersifat secara langsung atau tidak secara langsung mestilah dimanafaatkan sebaik mungkin untuk nilai tambah kepada pengisian yang kita perolehi melalui agenda dan tentatif yang telah disusun.
Ketiga : Ujian dan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang program malah ia akan berterusan sepanjang masa perjuangan kita. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Serap sebijak mungkin hikmah dan ibrah [pengajaran] dari ujian dan cabaran yang ditempuh. Lantaran ia adalah suatu anugerah Allah swt yang tidak dapat dibekalkan oleh sekretariat Ijtima’ Tarbawi 2011 kelak.
10. Sama – sama lah kita berdoa agar Ijtima’ Tarbawi 2011 yang bakal berlangsung esok, benar – benar berjaya, bukan sahaja penganjuran aktivitinya tetapi juga menepati matlamat dan objektif yang telah digariskan. Suatu yang saya mahu ialah lahirnya pemuda – pemuda yang :

ikhlas berjuang,
gigih menunaikan amanah perjuangan,
cekal menghadapi rintangan,
berjaya mengurus diari gerakkerja
menepati piawaian Ansoorullah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

.... SELAMAT BERIJTIMA'... yang mane belum beli baju ijtima boleh hubungi DPP Wangsa Maju...

Laporan Audit yang tak disiarkan oleh berita TV3Suku
chedet 3 Komentar



Laporan Audit Negara kononnya kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang & Kelantan prestasi teruk ditadbir Pakatan Rakyat..

Yang tak masuk berita TV3 plak -

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10-MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Nak lagi?....Nah...

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Orang sekarang dah cerdik laa wahai TV3.. Kamu hentam Kerajaan Selangor padahal peningkatan kutipan zakat berbanding negeri lain Selangor adalah yang tebanyak.. Kerajaan Pulau Pinang memberi pulangan kepada rakyat warga emas hasil lebihan dari MPSP & MPPP..

Kenapa tak hentam Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Perlis? Perfect sangat kaa negeri ni punya pentadbiran? Tiada perselisihan kewangan?? tv3 suku nak butakan mata pekakkan telinga rakyat?

KAMI TAK BODOH lah.. Orang yang takda kemudahan internet.. Bolehlah kamu bodohkan...

PROF AZIZ IBARAT 'GURU PERLEMBAGAAN' - TG NIK AZIZ
KHAT KUFI on CANVAS 3 Komentar

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat ‘tahniah’ dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.

Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan.

Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan ‘guru perlembagaan’.

“Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat.

“Kita bagi kebebasan pada semua lapisan masyarakat untuk bersuara selagi ianya tidak melanggar peraturan dan bersalahan dengan dengan undang-undang,” ujarnya.

TAHNIAH ZUL KULUM... ADA JAWATAN AKHIRNYA
KHAT KUFI on CANVAS 3 Komentar

Perkasam memilih Ahli Parlimen Kulum-Bandar Baru Zulkifli Kulum sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, semalam.

Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.

Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

... elok le tue... perkasa jadi port puak-puak pelompat negara....

26 Okt 2011

PERKASA aka UMNO UGUT MCA & GERAKAN... POYO JE LEBIH
KHAT KUFI on CANVAS26 Okt 2011 0 Komentar

Pehh... nampaknye Perkasa akan jadi hero untuk warning MCA & Gerakan.... ada beran ke?

Ibrahim Ali berkata, pihaknya sudah pun menyediakan senarai wakil rakyat yang melakukan ‘kesalahan’ itu dan sudah bersedia untuk menghantar mesej kepada 300,000 ahli menjelang pilihan raya umum.

Dia menambah Perkasa tidak menentang mana-mana parti atau kaum tetapi hanya menyasarkan sesiapa sahaja yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam.

“Mereka tidak harus fikir hanya mereka sahaja yang ada undi. Mereka tidak harus fikir hanya memproleh undi daripada kumpulan mereka sahaja. Ahli Perkasa bukan satu jumlah yang kecil,” katanya.

“Perkasa akan menolak calon-calon yang anti-Melayu, anti-Islam dan yang menggugat kedaulatan nasional. Jadi, semua calon harus ingat, jaga kata-kata mereka,” katanya lagi.

April lalu, Perkasa mengancam akan meminta ahli-ahlinya tidak mengundi calon dari MCA dan Gerakan jika kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) itu gagal menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.

Ibrahim berkata MCA dan Gerakan tidak akan menang sebarang kerusi tanpa undi orang Melayu dan menggesa mereka berkawan dengan Perkasa.

.....PERKASA aka UMNO nak tolak parti komponen sendiri.... ??? wakakakaka....

BUMBUNG STADIUM NASIONAL TAK SELAMAT???
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyebut bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil daripada jenis membrane dari Jerman itu mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun, namun semakan audit mendapati ia masih diguna sehingga kini dengan sebahagian besar bumbung telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 mahu bumbung stadium itu yang siap dibina pada 1998 diselenggara dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

.... so para penyokong Terengganu dan N9 .... hati-hati semasa menyaksikan final Piala Malaysia.....

PAS KELANTAN HANTAR SURAT JUMPA NAJIB
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Kerajaan Kelantan yang terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.

Kelmarin, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

“Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah II, barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik,” katanya.

Menyingkap Rahsia Gaddafi (1): Awal Pemerintahannya..
Pejuang Muda 4 Komentar

Ketika kita mengatakan Moammar Qaddafi adalah taghut, diktator, , murtad, sekuleris, sosialis, penyambung Musthafa Kemal Ataturk, Fir’aun, dan Musailamah al-Kadzab dari Libya, banyak kalangan terkejut, kaget, dan kebingungan. Tidak sedikit pihak yang marah, benci, mengumpat, dan balas melemparkan tuduhan . Misalnya tuduhan anjing NATO, pro USA, pro-Barat, teroris, fundamentalis, radikalis, Wahhabi, antek Saudi, dan seterusnya. Namun, tahukah Anda siapa sebenarnya Moammar Qaddafi itu? Berikut  Menyingkap Rahsia Kelam Sosok Qaddafi, bagian pertama.

 Mereka hanya mengenal Qaddafi dari kegarangannya mengkritik rejim-rejim negara Arab yang memang boneka AS dan Barat. Mereka mengerti jati diri Qaddafi dari sesumbarnya untuk membebaskan Palestin, melawan AS dan Barat, atau menjatuhkan rejim-rejim diktator di  negara-negara Arab. Mereka memahami sosok Qaddafi dari permusuhannya kepada AS, Barat, dan zionis Israel. Mereka mengenalinya dari julukan Barat kepadanya sebagai teroris, , pelopor revolusi di dunia ketiga, musuh Barat, anti Barat, dan julukan  lainnya yang kerap menghiasi media massa. Sosok Qaddafi yang meledak-ledak melaluiy pidato berapi-api di pertemuan Negara Liga Arab, atau Majlis Umum PBB, itulah standard mereka memberikan pandangan SANGAT POSITIF kepada Qaddafi. Bagi mereka, Qaddafi adalah pahlawan dunia Islam.

Mereka tentu saja tidak banyak mengetahui kejahatan dan kekafiran Qaddafi yang dilakukannya secara terang-terangan, dan berulang kali, dengan penuh kebanggaan diri, tanpa rasa malu dan canggung sedikit pun. Mereka tentu saja tidak meneliti kejahatan dan penghinaan Qaddafi terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Al-Qur’an, as-Sunnah, syariat Islam, dan ibadah-ibadah mahdhah dalam Islam. Mereka tentu tidak mengerti betapa lembaga-lembaga dakwah dan keilmuan Islam berskala internasional telah mengeluarkan fatwa dan himbauan serta dakwah kepada Qaddafi untuk bertaubat dari seluruh kekafiran yang ia telah lakukan. Mereka tidak mengerti, puluhan ulama dari berbagai negara telah memfatwakan kekafirannya.

Mungkin mereka juga tidak mengetahui, selama puluhan tahun masa kekuasaannya, ribuan muslim dan muslimah Libya telah mengalami penindasan luar biasa kejam dari Qaddafi. Mulai dari penangkapan, penyiksaan, pembunuhan, pemenjaraan, pemerkosaan, dan seterusnya. Aktivis dakwah dan jihad yang memperjuangkan syariat Islam dikejar-kejar dan ditindas. Banyak tokoh dan aktivis harus melarikan diri ke luar negeri untuk menghindari kekejamannya. Selama 42 tahun masa kekuasannya, dakwah Islam mengalami masa-masa kelam.

Kita akan mengambil referensi penulisan dari buku karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan Al-Libi, seorang ulama dan mujahid Libya yang berjihad fi sabilillah bersama mujahidin Libya (Jama’ah Islamiyah Muqatilah, Libya) melawan rejim taghut Qaddafi. Buku yang diterbitkan pada bulan Dzulhijah 1418 H (1997 M) tersebut diberi judul Qaddafi Musailamatul ‘Ashr (Qaddafi, Musailamah Moden ) dan diberi kata pengantar oleh seorang ulama besar dan mujahid Libya, Syaikh Abu Mundzir As-Sa’idi Al-Libi. Sungguh sebaik-baik dan setepat-tepat sumber adalah para ulama Libya sendiri yang bertauhid, berdakwah, dan berjihad fi sabilillah, karena mereka puluhan tahun menjadi saksi langsung atas seluruh kekafiran dan kekejaman Qaddafi ........

bacaan lanjut klik di sini....

25 Okt 2011

RM4 JUTA BAZIR BELI 18 EKOR KUDA SAKIT
KHAT KUFI on CANVAS25 Okt 2011 3 Komentar

Sebanyak 18 ekor kuda (bukan gambar) dibeli dengan kos hampir RM4 juta oleh Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi tidak dapat diturunkan dalam persaingan World Endurance Championship (WEC) 2008 sebab tidak memenuhi syarat kelayakan termasuk masalah kesihatan.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut “pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa.”

“Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.
“Di samping itu beberapa ekor kuda juga mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula,” kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada Februari 2007, MSN telah diminta untuk membeli enam ekor kuda bagi tujuan WEC 2008 dengan mendahulukan peruntukan sedia ada dan agensi itu telah membelanjakan RM1.98 juta bagi tujuan itu.

Pada Jun tahun yang sama, Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan spesifikasi dan bilangan kuda untuk ditambah sebanyak 17 ekor lagi menjadi 23 ekor untuk pertandingan tersebut.

Kata beliau, pada pandangan Audit perancangan perolehan kuda hendaklah dibuat secara teliti dengan mengambil kira tahap kesihatan dan kebolehan kuda untuk bertanding.

“ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya merancang perolehan dengan mengambil kira tempoh latihan yang diperlukan bagi setiap kuda untuk memenuhi syarat kelayakan FEI.

“Ini menyebabkan sebahagian besar kuda yang diberi tidak dapat menyertai (World Endurance Championship) WEC 2008,” katanya.

.... SEMBELIH BAGI MAKAN KAT PUAK-PUAK UMNO

KENAPA MUFTI BESAR LIBYA HARAMKAN SOLAT JENAZAH GADDAFI?
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

 Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.
sementara itu, Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

“Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka,” kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.

“Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar),” kata beliau.

Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo’tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: “Ya.”
... para pemimpin 1 Malaysia... balasan didunia yang mungkin akan dihadapi kelak....fikir-fikirkanlah!!!!

PROF AZIZ DAH BOLEH START NGAJAR HARI INI
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman.




Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.
Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.

“Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.