31 Jul 2011

TOK GURU SERU ANOK KELATE PULANGAN MENGUNDI PRU 13
Abu Nu'man31 Jul 2011 2 Komentar

PETALING JAYA, 30 Julai: Atas dasar tanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan Islam, seluruh anak Kelantan di perantauan diseru untuk pulang ke negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Seruan itu dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D’Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini petang tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.

“Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas kalau tidak ada juga jalan kaki"

“Saya tak boleh jamin nak bayar duit, kena tanya bendahari la, kalau ada kita bagi,” katanya dihadapan kira-kira 2,000 anak-anak Kelantan yang hadir.

Turut hadir pada majlis perasmian itu kesemua ahli mesyuarat kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Ahli-ahli parlimen dan Adun-adun Kelantan.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim juga hadir pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan ekoran kepulangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Kepulangan mereka itu jelasnya telah membantu kemenangan PAS untuk terus memerintah negeri itu.

Mengimbau kembali sejarah empat tahun lalu, beliau berkata kedudukan PAS di Kelantan agak genting sebelum PRU 2008 apabila hanya berkelebihan satu kerusi berbanding BN iaitu 23 PAS dan 22 BN.

Bagaimanapun, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU 2008 itu telah menyebabkan PAS kembali memperteguh kedudukan dengan mendapat 38 kerusi.

Sehubungan itu, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU akan datang sangat-sangat diharapkan.

"KU LI KETUA PEMBANGKANG"....UMNO NAFI KENYATAAN BODO ZAHRAIN
Abu Nu'man 1 Komentar


Umno menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini sebagaimana yang didakwa oleh Zahrain Mohamed Hashim (gambar muka bukan yg kuning tu) yang sebelum ini mendakwa parti pembangkang telah mempelawa Tengku Razaleigh untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan menafikan sekeras-kerasnya dan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.

Dia mendakwa bahawa kenyataan tidak berasas Zahrain akhir-akhir ini seolah-oleh menunjukkan tindakan terdesak beliau bagi meraih sokongan masyarakat dan pihak kerajaan UMNO. Beliau juga menyarankan agar pihak-pihak sebegini khususnya ahli parliman bebas agar tidak membuat sebarang kenyataan yang mampu merugikan pihak BN dalam menghadapi PRU 13 nanti.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.