30 Apr 2011

APA PANDANGAN MUFTI LAIN?
chedet30 Apr 2011 3 Komentar

Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah Balas
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

NONE"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.

DSAI ke Johor
chedet 0 Komentar

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Johor

Program 1
5.30 -6.30 ptg – Ucapan Penutup Konvensyen KeADILan Johor

Lokasi: Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Kangkar, Pulai

Program 2
8.30 – 10.00 mlm – Perasmian Pejabat KeADILan Negeri Johor

Lokasi: Bandar Baru UDA, Jalan Skudai, Johor Bharu

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

Program 3
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Markaz PAS, Kampong Ulu Pulai, Ulu Choh, Gelang Patah

Penceramah:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
YB Johari Abdul
YB Dr Boo Cheng Hau
YBhg Dato’ Dr Mahfoz Muhammad
YBhg Shmasul Iskandar Mohd Akin

Video Lucah : mana pergi pihak berwajib
chedet 0 Komentar

Video Lucah : Depa pos pulak dah...

KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.


Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,” kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Semalam, salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Polis sedang menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.


The Malaysian Insider

Sesiapa dari KDN tolong jawab.
chedet 0 Komentar

Video lucah di media, mana peranan kdn


ustaz idris ahmad

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka.

Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahnnya.

Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Pas ingin mengigatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anuar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

Pas pun hairan kemana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?

Macam ada skrip sahaja?
chedet 1 Komentar

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat,"kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam,"tegasnya.

Al-Munafiqun ayat 1-4
chedet 0 Komentar

Al-Munafiqun ayat 1-4
[1]
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2]
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3]
(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4]
Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

(PANAS) POLIS SAHKAN & PASTI 110% LELAKI TU ANWAR!!!
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Aku bawak gambar ini jumpa polis dah polis telah mengesahkan dengan penuh yakin tanpa ada syak wasangka lagi bahawa yang wajah lukisan ini milik Anwar ....Anwar Sadat...wakakakakaka


Jeneral Besar Mohammed Anwar Al Sadat bahasa Arab: محمد أنورالسادات; lahir di Mit Abu Al-Kum, Al-Minufiyah, Mesir, 25 Desember 1918 – meninggal di Kairo, Mesir, 6 Oktober 1981 pada umur 62 tahun) adalah seorang tentara dan politikus Mesir. Ia menjabat sebagai Presiden ketiga Mesir pada periode 15 Oktober 1970 hingga terbunuhnya pada 6 Oktober 1981. Oleh dunia Barat ia dianggap sebagai orang yang sangat berpengaruh di Mesir dan di Timur Tengah dalam sejarah moden.

APA CER? AWIE HENTAM BOB LOKMAN
KHAT KUFI on CANVAS 6 Komentar

Harian Metro keluaran hari ini membantu Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang untuk menarik masyarakat mendengar ceramah Bob Lokman pada 12 Mei ini. Bob Lokman dijangka bersama Nik Abduh akan berceramah di Taman Damai Simpang,Taiping bermula 9.00 malam.



Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.

“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

... Biarlah dia nak cakap apa pun Bob .... mungkin hatinya belum menerima Islam sepenuhnyah sebagai suatu cara hidup.... hanya jauhari mengenal manikam... awie tak kenal manikam.... awie kenal abi & ucop je

BILA NAK BERSUMPAH DEPAN KAABAH?
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Eskay buat sumpah laknat pasal isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang

tadi....

Dia mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang di hadapan pembantu imam masjid itu Ezhan Mohd Piah. Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim.juga memakai baju kalis peluru.... takut kena serang...

,,so bila lak nak bersumpah depan Kaabah... tak sabar nak tgk nie... kalu Trio gie musim cuti sekolah nie... ana nak ikut sama... nak tgk gak camne puak-puak nie bersumpah... sambil tue boleh ajar trio nk buat ibadah umrah... al maklum la... trio tak pernah jijak kaki kat tanah suci... mungkin sebab takut kot yang nak buat umrah selama nie walaupun duit banyak????

29 Apr 2011

(GAMBAR) BUAYA PUTIH (ALBINO BARANGKALI)
KHAT KUFI on CANVAS29 Apr 2011 0 Komentar

Buaya putih nie memang sukar dijumpai dan diakui oleh pakar buaya Steve Irwin (Crocodile Hunter) yg dah mati ditikam ikan pari.


Subhanallah

Sumpah oh sumpah
chedet 0 Komentar

Eskay akhirnya lakukan sumpah laknat berbaju kalis peluru!

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

- Malaysia Kini

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.

“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

- Malaysian Insider

Terdahulu:

Kesian Kat mereka ni.
chedet 1 Komentar

'UMNO buat kami macam paria' - aktivis UMNO

Eksklusif oleh: MAT KERING BAKAQ BATA


Pada tahun 1979 dulu, ahli-ahli UMNO yang terdiri dari Pak Ya Kapak, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Pak Lang Bakar sanggup pinjam duit bank untuk siapkan bangunan UMNO Bahagian Pendang yang dok ada la ni.

Ahli-ahli UMNO tersebut pinjamkan duit (yang depa pinjam dari bank tu)kepada UMNO Bahagian, bukan sikit RM15 ribu. Malangnya bila siap bangunan UMNO Bahagian tak mau bayaq balik dekat depa sampai la.

Ahli-ahli UMNO tu terhutang dengan bank. Bank ambik tindakan dekat depa termasuk melelong tanah yang depa cagarkan waktu buat pinjaman dulu.

Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa UMNO negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

“Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?” mereka mula meluahkan rasa hati.

"Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti PARIA dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu.

http://kedahla.blogspot.com

SK2 bayar UTUiSAN untuk promo movie porno??
Pek Jabit 0 Komentar


SK2: Akhirnya aku lagi popular dari Dr. Rozmey, tak yah buat movie 2 alam.. buat video porno 4minit dah leh jd popular....pastu iklan kat UtuiSan lagi menguntungkan sebab UmnOi bayooo....kahh kahhh

KES AMINULRASYID : NAJIB MESTI TUNAI JANJI
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.


Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Awal minggu ini genap setahun kematian Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja mati dalam kejadian tembakan anggota polis, namun sehingga hari ini keluarga remaja berusia 16 tahun ini masih meratapi pemergiannya yang disifatkan sebagai “terlalu awal.”

...Polis dok sibuk nak cari orang yang sebarkan video seks.... walaupun orang tue dok depan mata....

ZAMIHAN PATUT SUMPAH LAKNAT JUGAK KAH?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

“Saya tidak serang Sheikh Abdul Rahman... saya tidak hina beliau tapi kena perlu kumpul orang serang saya dalam Facebook? Mereka ini adalah fanatik Wahabi, kalau tidak berpuas hati boleh bersemuka dengan saya,” kata Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia.


Berbalik kepada seminar Berpegang Kepada al-Quran dan As-Sunah, Zamihan berkata, seminar yang disertai tokoh agama dalam dan luar negara ini berorientasikan fahaman Wahabi kerana ada penceramah yang memuji fahaman itu dan mencela sifat 20 yang menjadi pegangan mazhab Shafie.

... mungkin Zamihan nie juga kena sumpah laknat yang dia tidak menghina Sheikh Abdul Rahman As Sudais... maklum la sekarang nie zaman sumpah menyumpah laknat....

MUAT NAIK VIDEO SEKS TANPA EDIT DISINI...
KHAT KUFI on CANVAS 4 Komentar

Rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dimuat naik di YouTube awal hari ini, langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.


Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru semalam.



(Klik SINI untuk download)

REMAJA INI YANG DIHARAPKAN MUHYIDDIN
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

...tak tau nak cakap apa... kenapa tak buat simbol 'peace'... kenapa mesti itu?... mungkin terlebih makan nasik lemak kat sekolah yang menyebabkan otat mereka lemah akhlak

28 Apr 2011

DATUK T AKAN SUMPAH DILAKNAT ESOK KAT MASJID AMRU AL AS
KHAT KUFI on CANVAS28 Apr 2011 2 Komentar

KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok.


Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta.

Menurut Shazryl, hanya beliau sahaja yang akan melakukan sumpah laknat, namun dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan hadir dan solat Jumaat bersama-sama sebelum melakukan sumpah laknat.

“Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu.

“Sekiranya Anwar masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video itu, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru al-As,” katanya pada sidang media di sini.

..sekali lagi Masjid bakal dikotori oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab...

AWAT 'ARTIS' YG MASUK UMNO HARI TU TAK DAPAT 'DATUK'?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Sebelum ni kecoh pasak AC Mizal bakal dapat datuk daripada YM Sultan Pahang bersama-sama dengan Zul Katak. Tetiba artis yang dapatnya M. Nasir & Ramli MS.


Dengar cerita dari Datin pada Datuk Akhbar yang dapat pingat bersama-sama . Nasir & Ramli MS hari tue, kes nafkah yang membuatkan YM Sultan Pahang murka untuk menganugerahkan datuk pada dia.

Ac Mizal pernah ditahan berikutan kes tak bagi nafkah kat anak dia sebab apa guna dapat datuk kalau Dato tapi still tak boleh bagi nafkah kat anak lagi kan?

Tapi kita tak tahu sejauh mana kebenaran kenapa Ac akan isu tak bagi nafkah tu,mungkin ada masalah dalaman atau masalh gelang yang didakwa tipu ….

Apa pun buat AC Mizal moga-moga dah masuk UMNO nie dapat le kenen-kenen dari Najib agar dapat kenen-kenen  mana-mana Sultan bagi Datuk kat hang….wakakakaka…

PANDANGAN YUSUF QARADAWI TENTANG RAKAM VIDEO SEKS
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.


Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:


“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”



Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.


Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

sumber : sebahagian petikan dari http://drmaza.com/home/?p=1379

POLIS BOCORKAN VIDEO KEPADA BLOGGER UMNO?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

"Bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?"- Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,”

“Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud ‘kerjasama’ di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

“Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN,” ujarnya.

... Kan Polis Malaysia terbaaaikkk....

APA CER? VIDEO SEKS KEDUA DIDEDAHKAN OLEH WAKPARJOSUDORNO!
KHAT KUFI on CANVAS 6 Komentar

Apa lagi... itulah kerja Utusan Meloya mensensasikan Video Seks siri-2. Mungkin ini sebab itu Dr Haron Din mengharamkan membaca Utusan Meloya.

Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’ semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.



Video ke dua ini seperti yang vedio yang pertama dulu yang turut memaparkan imej sekurang-kurangnya dua individu yang berbeza...


 

MENATANG APA NADIR BUMI / TANAH JARANG?
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan dan yang terbaru di BUkit Merak pulak. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Tuan-tuan tahu? Saya pun tak tahu?. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi.

Apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.

Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear
Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik



Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.

Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.

27 Apr 2011

GERAKAN, MCA & SUPP LIABILITI PADA UMNO
KHAT KUFI on CANVAS27 Apr 2011 1 Komentar

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyeru MCA dan Parti Gerakan agar mengambil langkah berani dengan keluar dari BN segera memandangkan mereka tidak lagi menjadi aset kepada BN sejak kebelakangan ini. Bahkan Parti Gerakan, MCA dan SUPP dianggap oleh UMNO sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan mereka dalam pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak.

DPPP berpandangan bahawa UMNO yang menerajui BN menjadi punca rakyat menjauhkan diri daripada BN. Dengan menanamkan semangat perkauman yang sempit, UMNO suka agar rakyat mencurigai satu sama lain khususnya terhadap bangsa dan kaum yang lain.

Tindakan Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat MCA demi untuk menyokong ‘lidah rasmi’ UMNO iaitu Utusan Malaysia baru-baru ini pula mengesahkan lagi UMNO merupakan parti perkauman yang melampau dan slogan ‘1 Malaysia’ jelas retorik semata-mata.

Dengan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Gerakan semakin merosot. MCA dan Gerakan bukan lagi parti tempat bergantung kaum Cina, sebaliknya pengundi Cina lebih bergantung harap kepada DAP. MCA dan Gerakan sekarang boleh diumpamakan sebagai ‘rumah kosong’. Ini ditambah dengan pengakuan Ketua Biro Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh bahawa masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'. Puncanya kerana rakyat sudah jelak melihat tingkah laku pemimpin BN yang sombong, angkuh, zalim serta hidup dalam kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam penderitaan yang berpanjangan. Tambahan pula dengan kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme yang diamalkan oleh BN sejak sekian lama menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap BN. Apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.

Selain itu, parti berasaskan perkauman seperti diamalkan oleh BN sudah tidak relevan lagi sekarang. Rakyat mahu melihat parti dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan. Perjuangan berasaskan perkauman sudah lama ditinggalkan kerana rakyat sudah boleh menerima bangsa atau kaum lain di negara ini. Pakatan Rakyat (PR) telah membuka minda rakyat dengan politik era baru yang berteraskan ketuanan rakyat tanpa mengira mana-mana bangsa dan PAS sendiri telah melebarkan ‘uslub’ dakwah kepada yang bukan beragama Islam tanpa mengadaikan prinsip yang dipegang selama ini sehingga bangsa lain boleh duduk bersama di dalam PAS. Situasi ini menyebabkan UMNO/BN merasa panik lalu cuba menjuarai isu-isu remeh yang melibatkan bangsa melayu tanpa mempedulikan perasaan parti komponen yang lain di dalam BN.

Rakyat di mana-mana belahan dunia kini melaungkan slogan mahukan perubahan. Di negara-negara Asia Tengah, perubahan sedang berlaku, dan ia sedang merebak ke Malaysia. Di Sarawak, rakyat menzahirkan sentimen kebencian terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyebabkan penduduk bandar khususnya bangsa Cina menolak BN. Di Semenanjung hari ini, rakyat khususnya di kawasan bandar sudah membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang memiskinkan dan menekan rakyat. Perubahan itu mesti berlaku dan sedang berlaku. Sudah lebih 50 tahun BN memerintah dan semakin nyata ketempangan yang berlaku di negara kita.

BN dianggap sebagai sebuah kapal yang sedang menanti untuk karam. Dalam keadaan demikian, apakah perlu lagi MCA dan Gerakan berpaut kepada BN? Justeru itu DPPP menyeru agar MCA dan Gerakan segera mengambil langkah keluar dari BN dan menyertai PR. UMNO hanya memerlukan MCA dan Gerakan ketika pilihanraya sahaja demi untuk mendapatkan undi. Rakyat kini sudah menganggap PR adalah parti masa depan mereka. Hanya dengan cara inilah MCA dan Gerakan mampu kembali ke persada politik negara dan memenangi jiwa rakyat.

KARIPAP TERLARIS DIPASARAN
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Sebelum balik ke rumah saya pasti akan singgah ke gerai kuih Kak Mah. Ada sorang lelaki lebih kurang sebaya dengan saya tapi lebih bergaya......ala-ala korporat ameno.

Macam biasa saya terus membeli pisang goreng dan si Mamat tu tadi dengan nada sinis di antara separuh senyum dan ketawa kecil macam orang menahan kentut meminta, "Bak karipap Siful RM3.00".

Makcik yang jual karipap itu terpinga-pinga dan menjawap, "Ni karipap yang makcik selalu jual, karipap Kak Mah."

Mamat itu sambil gelak-gelak mencelah, "Takpelah kalu takde karipap siful, bagi lah yang mana ada, tapi yang pasti karipap Seful lagi sedap."
Makcik yang jual kuih itu terpingga-pingga manakala si Mamat tu sempat menoleh pada saya terus beredar menaiki kereta yang parkir menghalang kenderaan lain......

.....Macam-macam.....

BAHANA FACEBOOK... REMAJA DI'KENDURI' 9 REMAJA LELAKI
KHAT KUFI on CANVAS 3 Komentar

KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

...mungkin masalah obesiti pelajar sekolah lebih utama bagi Muhyiddin  dari masalah sosial remaja sekolah...

Yang ada cuma di Malaysia
chedet 0 Komentar

hebatnya Malaysia email lain kat dunia FREE tapi kroni kaut RM0.50 satu email...

Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.[Malaysiakini]

Wanita Yahudi peluk Islam
chedet 0 Komentar

Seorang aktivis kemanusiaan Yahudi yang berasal dari Moroko, Thali Fahima, mengumumkan keislamannya di kota Umm Al Fahm, setelah melalui berbagai perjalanan mencari kebenaran hakiki.

Thali Fahima memilih untuk menyatakan keislamannya di kota Umm Al Fahm kerana beliau ingin menjelaskan bahawa yang mendorong ia masuk Islam adalah kerana ia mengenal baik Asy Syaikh Raid Shalah, pemimpin gerakan Islam di Palestin 1948 yang sekarang diduduki Zionis.


Artikel Penuh

APA PUNYA DAKWAAN... ABDUL RAHMAN AS SUDAIS BAWA WAHABI KE MALAYSIA
KHAT KUFI on CANVAS 1 Komentar

Zamihan Mat Zin (gambo) yang merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Sheikh Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan”. Beliau yang sebelum ini pernah mendakwa bahawa Dr Asri Zainal Abidin penyebar fahaman wahabi di Malaysia.


Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar “Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah” bertemakan “Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai.”

“Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

“Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima,” kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Ada yang mendakwa Zamihan Mat Zin Al Gua Musang Pakar Fitnah

(ini antara tuduhan beliau terhadap PMIUM bahawa PMIUM mengamalkan fahaman wahabi)

"ORANG CINA BODOH" : EZAM KOTAK
KHAT KUFI on CANVAS 2 Komentar

Ezam kotak (gambo) dah bertambah cerdik sekarang. Cina yang ikut PR dan DAP Cina bodoh dan senang diperbodohkan, Cina yang ikut BN, Cina yang berintelek!!


"Kit Siang sanggup memperbodohkan kaum Cina jika ia memberi jaminan supaya keluarganya dapat mengekalkan kuasa politik di Penang. Dia akan membuat apa saja janji yang perlu bagi mengekalkan Pulau Pinang jadi hak milik dinasti keluarga. Kit Siang akan terus membakar sentimen kaum Cina untuk mendapat undi kaum itu," kata Ezam cerdik.

Adakah Cina begitu bodoh dan senang diperbodohkan!! Inilah tahap tertinggi pemikiran Ezam apabila orang lain tidak bersetuju dengannya. Ezam cerdiklah kerana dia bersenang lenang sekarang dengan jawatan Senatornya. Tak bodoh kan!!

Dia juga berkata Kit Siang juga akan terus mempergunakan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memecahkan undi Melayu yang pastinya akan memberi dividen politik kepada DAP.

Sebab dok dalam kotak la dia tak sedar dia juga diperkotakkan Najib!!!

MU SELESA KE FINAL
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

GELSENKIRCHEN, 27 April — Manchester United (MU) menamatkan pusingan pertama perlawanan separuh dengan selesa untuk melangkah ke final Juara Liga setelah mengatasi Schalke 04 2-0 di bandar Jerman Gelsenkirchen, semalam (awal pagi ini, waktu Malaysia).


MU memperoleh sehingga 13 peluang untuk mendahului gol pada separuh masa pertama tetapi berjaya dinafikan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer yang dilihat hero bagi Schalke.

Bagaimanapun bintang MU Ryan Giggs dan Wayne Rooney memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Giggs menjaringkan gol pertama pada minit ke-67 dan disusuli oleh Rooney, sekali gus membuka laluan cerah untuk ke final.

MU akan menyambut Schalke di Old Trafford pada 4 Mei untuk menyempurnakan pusingan kedua dan memastikan wakil tunggal Britain dalam perlawanan akhir bulan depan.

Pengurus Sir Alex Ferguson telah memberi amaran awal agar tidak memandang mudah kehebatan Schalke sebelum perlawanan ketika pasukan tersohor, yang menduduki tangga terakhir Liga Inggeris musim ini, dilihat mempunyai peluang cerah untuk ke final pada 28 Mei di stadium Wembley.

Jika MU berjaya mengatasi Schalke bermakna ia akan bertemu sama ada Real Madrid atau Barcelona di bumi sendiri.

26 Apr 2011

VIDEO SEKS : AYAT STANDARD POLIS "KITA AKAN DEDAHKAN BILA SESUAI"
KHAT KUFI on CANVAS26 Apr 2011 0 Komentar

SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.


“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

“Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu i akan dipulang semula kepada kita.

“Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya.

... AYAT STANDARD...COPY & PASTE....

yes! 1 MELAYU 1 BUMI vs 1 MALAYSIA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 26 April — Gerakan gelombang “1Melayu 1Bumi” yang akan dilancarkan oleh Perkasa Sabtu ini, dengan menyahut seruan Utusan Malaysia, akan menggugat matlamat gagasan 1 Malaysia yang sudah mula diterima ramai, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini berkata, beliau tidak melihat langkah menggerakkan gelombang itu berada dalam kedudukan yang betul memandangkan gagasan 1 Malaysia sudah pun diterima dengan baik menerusi pelbagai aktiviti diadakan ke arah itu.

“Oleh itu, tidak manfaat bagi mana-mana segmen (kaum) untuk menonjolkan diri mereka ke depan dan mengatakan 1Bumi, 1Bukan Bumi,” kata beliau selepas melancarkan “1 Malaysia Visibility Programme” di Menara TM di sini hari ini.

Ahli Parlimen Jelebu ini berkata sebarang idea yang bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia tidak seharusnya disokong.

KENAPA MAKHLUK INI DILANTIK JADI PRESIDEN PEGUAM MUSLIM
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh menegaskan, bagaimana pun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar-benar orang yang dituduh.

Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi.

"Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaja iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya sewaktu dihubungi.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar (gambo di atas) video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam.

Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri.

"Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil. Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.

"Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya.

Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut 'menyeleweng' daripada prinsip Islam. "Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu.Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya.

Sehubungan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada masyarakat umum. Dalam kenyataannya, Zainol Rijal mendakwa klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

DR. RAMLAH PENSYARAH UiTM WAJAR JADI KETUA WANITA UMNO
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

PAS kesal dengan kenyataan Dato' Prof. Dr. Ramlah Adam (gambo) daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada.


Ramlah berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu. Tokoh akademik pro-Umno itu berucap di Forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, menyifatkan kenyataan itu tidak layak dituturkan oleh seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajarnya mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang jelas membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihan raya.

"Apakah Ramlah buta sejarah demokrasi? Negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tidak mundur sebaliknya terus meluncur maju. Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia? Apakah Ramlah tidak tahu Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955?

"Apakah Ramlah membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010? Apakah Ramlah seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun tetapi terus ungul dan maju," soal beliau.

Katanya, janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran yang boleh dilihat secara akademik. PAS tegas Ustaz Idris, mahu menasihat kepada Ramlah agar jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik semata-mata terikut-ikut dengan pegangan politik kepartaian yang sempit.

"Kalau terus cakap macam itu, lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja. Bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegas beliau.

.... Standard la Perkasa aka UMNgOk kan...

MANGKUK PUNYE PAK MERTUA
KHAT KUFI on CANVAS 0 Komentar

(HM) KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruteknik mahu membawa isteri dan anak lelakinya keluar dari rumah mentuanya di Pantai Dalam, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja dibelasah sebaliknya turut diludah dan dibaling dengan batu hingga cedera, Jumaat lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, isteri mangsa yang berusia 24 tahun turut cedera selepas dibaling batu oleh adik iparnya, sepupu isterinya dan bapa mentuanya yang masing-masing berusia 20 hingga 56 tahun.

Mangsa turut dibelasah ketiga-tiga lelaki itu.

Difahamkan, keluarga sebelah isteri mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan itu kerana ‘sentimen kenegerian’ dan sering menyumpah seranah mangsa menyebabkan mangsa nekad keluar dari rumah mentuanya bagi memulakan hidup baru.

Mangsa, Wan Md Rosdi Wan Md Amin, 25, berkata ketika tiba di rumah bapa mentuanya itu, adik iparnya yang berusia awal 20-an membaling batu ke arahnya dan isteri seperti mahu memulakan pergaduhan.

Beliau berkata, pada mulanya, bapa mentuanya itu mendiamkan diri, namun selepas keluar dari rumah, adik iparnya melontar batu ke arah mereka sambil diperhatikan bapa mentua dan sepupu isterinya.

“Biarpun balingan itu tidak mengenai saya, namun mengenai kepala isteri yang gagal mengelak. Adik ipar saya berhenti sebaik melihat kakaknya cedera.

“Pada mulanya saya sangkakan mereka akan berhenti, namun kemudian bapa mentua, adik ipar dan sepupu isteri saya itu menyerang dan membelasah saya,” katanya ketika ditemui.

Ketika itu, dia merayu dikasihani sambil menutup kepalanya dengan tangan.

Katanya, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila kumpulan yang diketuai bapa mentuanya terus melontarkan batu sehingga dia keluar dari kawasan rumah.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

... ada-ada sahaja dunia hari ini...
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.