Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 1
“"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"”
Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 2
“"Bila kita membeli di kedai, kita tukarkan duit dgn barang.Namun, sedarkah bila kita laburkan duit utk kebaikan, seperti kita membeli pahala dgn duit kita. Walaupun pahala ini benda yg tidak nampak, tetapi itulah duit kita diakhirat"”
Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 3
“"Islam tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan betapa serius kewajipan itu ditukar dgn 2 rakaat zohor. Ertinya ceramah ini wajib. Dimasjid, namanya khutbah. Dipentas, namanya ceramah. Semuanya utk menerangkan Islam"”
Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 4
““"Benih dijaga begitu elok utk menghasilkan tanaman yg bermutu, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dgn jagaan iman dan taqwa kerana dari ‘benih’ inilah akan lahir tamadun ummah"””
Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz 5
“"Jika kereta rosak, mekanik yg membaikinya. Jika manusia bermasalah, Pencipta manusia itulah yg perlu dirujuk. Pelik manusia yg mengaku Allah sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kpd syariat Allah bila berdepan masalah"”
Saturday, February 26, 2011
Friday, February 25, 2011
8 TAHUN IJAZAH SYED IBRAHIM DI MESIR?
Ana tak le macam UMNgOk main tuduh-tuduh kate Ustaz tak lulus Azhar le... beli sijil le...
Tapi????? Lama betul calon ustaz BN nie belajar kat universiti tertua di dunia Al-Azhar... dari tahun 1989 hingga 1996... 8 tahun tue... ke buat MBA kat sana? Tapi ikut cakap Pak Nan, penasihat khas agama dia nie lepasan Ijazah Bahasa Arab... bukan sambung buat Master...
Mungkin beliau amik double degree macam ana kot... tue yang lama sangat tue... atau memang dia ni jenis kuat main kat sana... sebab tue selalu repeat paper bahasa arab... sapa tahu????
Mungkin sahabat-sahabat yang sezaman belajar dengannye boleh tolong cite sikit apa dia buat lama sangat kat Mesir???
PRK : PAS LETAK CALON PENGALAMAN
Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam tadi.
Pengarah pilihan raya kecil PAS bagi DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media, menyifatkan Hassanuddin, 43, sebagai calon terbaik parti itu.
Hassanuddin merupakan bekas calon bagi DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 dan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Hassanuddin berkata beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Kerdau sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.
Di JASIN, Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau, dekat sini.
Yuhaizat, 38, seorang ahli perniagaan, berkata pemilihan beliau sebagai wakil golongan muda dan berharap pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepadanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 6 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.
Thursday, February 24, 2011
Gaddafi semakin terdesak
![]() |
| Imej daripada stesen televisyen Libya merakamkan aksi Gaddafi semasa berucap ke seluruh negara di Tripoli, kelmarin. Gaddafi memberi amaran akan memburu musuhnya hingga ke titisan darah terakhir. - AP |
TRIPOLI 23 Feb. - Pemimpin veteran Libya semakin terdesak apabila beliau mengerahkan pasukan tentera termasuk menggunakan senjata berat, kereta kebal dan jet pejuang selain askar upahan untuk mematahkan pemberontakan di negaranya.
Selain itu, beliau turut menerima tekanan di peringkat antarabangsa termasuk daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (UE) dan negara-negara lain yang mengecam tindakan kekerasan yang diambil rejimnya untuk mematahkan tunjuk perasaan rakyat Libya yang masuk seminggu hari ini.
Setakat ini, hampir 300 orang terkorban dalam tunjuk perasaan 'Revolusi 17 Februari' yang dilancarkan oleh penduduk Libya bagi mendesak Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun memerintah negara ini.
Gaddafi turut menerima tekanan apabila Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel Fatah Yunes mengumumkan peletakan jawatan dan meminta angkatan bersenjata Libya menyokong pemberontakan serta Duta Libya ke Indonesia, Singapura dan Brunei, Salaheddin M. El Bishari turut mengambil tindakan serupa.
Timbalan Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Dubbashi semalam berkata, beliau dimaklumkan bahawa penghapusan bangsa bermula di wilayah tersebut.
Saksi pula mendakwa rejim Gaddafi menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dan jet pejuang bagi mematahkan tunjuk perasaan.
Di timur Libya, pasukan tentera yang berpangkalan di wilayah itu mengumumkan berpaling tadah daripada Gaddafi dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan.
Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, penunjuk perasaan menyatakan bahawa mereka sudah menguasai pangkalan tentera di bandar itu juga mendakwa mereka sudah menguasai hospital di bandar itu.
Penunjuk perasaan turut mendakwa mereka sudah menguasai beberapa bandar di negara ini dengan bandar Misrata di barat Libya menjadi bandar pertama jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan setelah berlaku pertempuran antara tentera dan penyokong Gaddafi dengan penunjuk perasaan antikerajaan sejak 18 Februari lalu.
Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, kira-kira 1,000 terbunuh sejak pemberontakan meletus di Libya seminggu lalu.
Di Tokyo beratus-ratus penduduk Libya menyerbu Kedutaan Libya di Tokyo.
Gaddafi muncul di televisyen semalam memberi amaran akan memburu 'musuh rejimnya' dengan mengeledah 'dari rumah ke rumah' dan memburu mereka hingga le lubang cacing. 'di setiap inci' bumi Libya. - Agensi
tak da cerita ni paper tak laku.
18SX : Artis sekedudukan - ada bezakah
Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS
Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.
Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.
“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.
“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.
Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.
Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi.
Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion.
Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak.
“Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu.
“Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20.
“Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya.
Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan.
MENARIK.. ANIMASI NAJIB & ROSMAH
dari blog tukar tiub
PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.
Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.
Ketua Pengarah JPJ, Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.
Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.
Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… SAH… INI CARA KEAJAAN CUKAI RAKYAT…. kah kah kah…
kah kah kah… GUNA SAMAN EKOR….SATU CARA MERAMPOAS DUIT RAKYAT…. kah kah kah..
woit… OPPPS…. HAMPIR LUPA…. NAK BAGI TAHU…. kah kah kah..
kah kah kah…DI MESIR PUN MUBARAK GUNA SAMAN EKOR… kah kah akh…
kah kah kah…BUKAN UNTUK KERETA TAPI UNTUK RUMAH SEWA…. kah kah kah..
nota:
kalau di senarai hitamkan
bermakna apa?
bermakna lebih separuh warga negara ini penjenayah?
kenapa tidak disenarai hitamkan yang betul betul penjenayah?
kenapa tak senarai hitamkam
vincent tan? towkay judi?
anak lim goh tong? towkay judi
ananda krisnan? towkay judi
nampaknya rakyat biasa di cukai
towkay judi dijulang tinggi
cakap rakyat didahulukan
ini towkay judi di dahulukan
nota:
nak tahu apa jdi milik ananda?
beli kertas dan cakar untuk lihat number
MANIFESTO PILIHANRAYA
pakatan rakyat wajib memasukan
hal saman ini dalam manifesto pilihanraya:
jika pakatan berkuasa semua saman di lupuskan!!!
jika ini dlam manifesti jamin dapat undi banyak
1000 Dikhuatiri Maut di Libya
![]() |
| Gadis-gadis cun ini turut berjuang! |
[Kosmo] BENGHAZI - Tindakan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu menamatkan tunjuk perasaan yang menuntutnya meletakkan jawatan telah menyebabkan 1,000 orang terbunuh, kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam."Kami percaya anggaran kematian kira-kira 1,000 orang boleh dipercayai," kata Frattini merujuk kepada tindakan Gaddafi yang mengarahkan pasukan keselamatan membedil dan menembak para penunjuk perasaan.Sebelum ini, pertubuhan hak asasi, Human Right Watch menganggarkan 233 orang terbunuh dengan 62 penduduk di ibu kota Libya, Tripoli sejak dua hari lalu.Menurut Frattini, beliau mengetahui bahawa wilayah timur Libya, Cyrenaica yang merupakan lokasi yang menempatkan banyak simpanan minyak tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi.Di bandar Benghazi, para penunjuk perasaan meraikan kemenangan dengan bermain bunga api dan membunyikan hon ekoran pertumpahan darah sudah berakhir.Kawasan timur Libya dikatakan sudah berada dalam penguasaan penduduk yang menentang pemerintahan Gaddafi.Sebuah penjara turut dibakar di Benghazi dan imej televisyen Sky News menunjukkan sebuah pesawat antipeluru berpandu Libya ditinggalkan di sebuah pangkalan tentera dekat Tobruk.Menurut akhbar Quryna, di Sabratah, 80 kilometer ke barat Tripoli, tentera Libya menempatkan sejumlah besar askar selepas para penunjuk perasaan memusnahkan hampir kesemua pejabat perkhidmatan keselamatan. - Reuters
Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat
[BH] TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.
Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu.Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya.Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.
Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.
Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.
Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.
Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.
Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.
Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.
Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu. – AP/Agensi
HARUSSNAI BAKAL KETUAI JAWATANKUASA ANTARA AGAMA
Harussani dikatakan adalah tokoh yang paling sesuai kerana ketokohan semulajadi beliau serta tidak terlibat dalam politik negara.
Fokus utama Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan campuran, pertukaran agama dan penjagaan anak. Mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu serta mengelakkan sebarang salah faham dan salah tafsiran. Ini bukan satu struktur undang-undang, bukan struktur yang kaku. Ini rangka kerja untuk menyediakan interaksi bagi pertukaran idea. Isu ini akan dikaji oleh pelbagai jabatan yang berkaitan melalui undang-undang dan peraturan sedia ada.TERIMA KASIH PADA HUJAH TV9 : PAS & MELAYU...
Kononyanya hujah semalam cuba mengupas kenyataan TGNA pasal kaum melayu yang merupakan kaum majority
Jemputannya adalah Sanusi Junid yang kononnya ada pengalaman luas pasal politik dalaman PAS… pira mabuk.
Moderatornya pulak sapa lagi kalu bukan Sang Aziz desa kampong yang memang bapak umno dari dulu lagi. Pernah cuba nasib dulu tapi tak menjadi. Dia adalah ahli UMNgOk tegar geng Sanusi Junid. Rasa macam nak ludah je muka depa dua nie...
Itulah style UMNO bila ajak berdebat takda teluq… syok sendiri berani la….
Tapi bodoh jugak sanusi dan Aziz sebab menampakkan pekong siapa UMNO yang sebenar dalam memperjuangkan parti kompenan BN yang lain… dan terima kasih pada sanusi kerana menonjulkan PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan Islam dari dulu bahkan kata Sanusi PAS adalah parti yang turut memperjuangkan melayu dan Islam… tapi tidak pada UMNO yang hanya memperjuangkan kepentingan melayu dengan mengenepikan hak-hak kaum lain…adiosss
PAS PAHANG SIAP SIAGA - TUAN IBRAHIM
Kita juga berharap agar SPR lebih telus menangani isu penggunaan jentera kerajaan oleh BN untuk berkempen agar mengikut peraturan yang digariskan.""Kami tidak rasa tergugat dengan pencalonan beliau walaupun statusnya sebagai Pegawai Agama MB. Sikap ulama UMNO yang berdiam diri terhadap isu berbangkit sebenarnya tidak disenangi oleh majoriti umat Islam.
Calon PAS yang akan diketengahkan nanti mempunyai kelebihannya tersendiri dan saya yakin pengundi sekarang sudah bijak memilih pemimpin."
sumber : http://tuanibrahim.blogspot.com/
KETUA DPPP : "TAHNIAH PRO-M"
1. Mendepani situasi rencam politik dunia dengan skala ricthernya yang agak tinggi serta menyaksikan kebangkitan anak - anak muda yang mendominasi iklim politik dunia hari ini dan rata - rata mereka adalah mahasiswa, nyata tidak ketinggalan rupanya negara kita turut mengalami gegarannya.
2. Berurutan dengan kejayaan Dewan Pemuda PAS menghimpunkan 30 ribu kekuatan tenaga pemudanya dari seluruh negara di negeri Kedah Darul Aman sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang, kini kita digemparkan dengan kejayaan Pro Mahasiswa di UM, UIA, UKM, UMK, USIM, UMS, UMSKAL, USM Kubang Kerian dan UPSI walaupun Pro Mahasiswa kalah di UTM, USM Penang dan UPM.
3. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan selamat melaksanakan tanggungjawab serta menunaikan amanah kepimpinan buat adik - adik dari Pro Mahasiswa yang telah memenangi pilihanraya di kampus masing - masing. Semoga kejayaan gemilang itu akan terus membawa mahasiswa bangkit berjuang sekaligus menggalas kecemerlangan ilmu sebagai asas utama kejayaan.
4. Mahasiswa adalah agent penting bukan sahaja untuk lingkaran politik kampus tetapi juga dalam menentu arah masa depan negara di semua lapangan termasuk politik, ekonomi, budaya dan sosial. Saya mengharapkan kemenangan Pro Mahasiswa dalam arena politik kampus kali ini, benar - benar telah berjaya membebaskan minda mahasiswa dari kongkongan kerajaan sekalipun realitinya mereka masih dikongkong oleh AUKU dan pelbagai peraturan tempatan universiti.
5. Selepas ini, Mahasiswa diharap mempertingkatkan prestasi kebangkitan mereka untuk terus berjuang menentang AUKU disamping turut memperjuangkan kecemerlangan akademik guna mengangkat izzah mahasiswa sehingga mereka tidak lagi dianggap sebagai boneka kepada mana - mana pihak sebaliknya mempunyai idealisme perjuangan tersendiri , memperjuangkan kebenaran, keadilan dan masa depan negara yang maju dan sejahtera.
6. Kejayaan ini mesti diterjemahkan dengan kerja gigih, semangat, berani, nekad membawa perubahan dan memimpin idealisme mahasiswa dalam kehidupan mahasiswa di kampus dan juga di luar kampus. Malah penglibatan mahasiswa dalam arus kebangkitan anak muda dewasa ini untuk menentu masa depan negara dan kepimpinannya juga sangat di alu - alukan.
7. Kami telah lama memperjuangkan agar masyarakat mahasiswa dibenarkan untuk berpartisipasi dengan politik luar kampus agar sentuhan mahasiswa turut mewarnai landskap politik tanahair dan pastinya corak dan frame politik negara lebih menarik terutama golongan mahasiswa adalah mewakili golongan intelek yang matang dan berwibawa.
8. Telah sampai masanya negara memberi kepercayaan kepada mahasiswa dan menghargai ilmu jua karisma mereka biarpun usia mereka masih muda. Justeru dunia dan politiknya hari ini adalah milik orang muda. Kesuburannya dan Kebangkitan rakyat hari ini juga dipacu oleh orang muda. Malah suara orang muda seperti mahasiswa mula didengar dan dihargai oleh semua.
9. Sekalung tahniah sekali lagi dari saya dan seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia buat kejayaan anda semua dari kalangan mahasiswa yang nyata tidak pernah mengizinkan diri kalian dipengaruhi oleh mana - mana pihak terutama golongan yang sering mahu memangsakan mahasiswa dengan pelbagai peraturan yang mengongkong minda dan tumbesar jiwa seorang yang mahu bergelar intelektual.
10. Tahniah !
Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Wednesday, February 23, 2011
YES!!! PETROL RON 95 NAIK LEPAS PRK...
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.
"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.
"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.
Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.
Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.
Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.
"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.
Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.
Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.
Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.
"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.
"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.
Bob Lokman - zaman getirmu, Tuhan Pun Tahu buat Afdlin menangis !

"Ya, ibu pernah jatuh cinta,
tapi bukan dengan ayah,
ibu jatuh cinta dengan lirik ayah,
ayah... ibu bukanlah sehelai kertas,
ayah tidak boleh melayan cinta seperti helaian kertas,
ibu juga manusia biasa,
ayah tak perlu kesal, kita ada kenangan,
walaupun cinta antara kita tak kekal,
tapi anak-anak, merekalah buah cinta kita..."
"Perjalanan cerita Tuhan Pun Tahu adalah perkara tersirat. Setiap manusia bertindak atas sebab tertentu, begitu juga Ita. Biarpun dirinya dilimpahi kemewahan hidup tapi tanpa suaminya, Lokman sedari, dia sebenarnya gagal memberi perhatian dan limpahan kasih sayang. Wang bukan segala-galanya ketika itu.
Laksanakan Amanah H30K
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit”- keadilan yang digariskan oleh Islam,
- membimbing dan menyelamat rakyat,
- berkasih sayang,
- tidak berdendam,
- keamanan dan
- mengangkat kemerdekaan yang sebenar.
Nasrudin Hassan at Tantawi
Dari Isabella kepada Taubat Nasuha
Dari Isabella kepada Taubat Nasuha

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".
Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA.."
Tuesday, February 22, 2011
Darah Gaddafi Halal!!!!

Ulama Muslim berpengaruh Mesir, Yusuf al-Qaradawi, telah mengeluarkan fatwa yang menegaskan bahwa setiap tentara Libya yang memiliki kesempatan untuk menembak pemimpin Muamar Gaddafi harus melakukan itu 'demi membebaskan Libya dan rakyatnya dari kejahatan'.
"Saya disini memfatwakan siapapun di dalam angkatan bersenjata Libya yang mampu dan memiliki kesempatan menembakkan peluru ke Gaddafi harus melakukannya," kata Qardhawi yang sebelumnya bermukim di Qatar, kepada Al Jazeera....link
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................
Disclaimer
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.










































