TAHNIAH MALAYSIA!!! IBU SEGALA EMAS MILIK KITA



Bonai (I)- Bolos 1
Mahali (M) - Bolos 1
Gunawan (I) - Gagal Bolos
Fandi (M) - Bolos 1
Egi (I) - Bolos 1
Fakri (M) - Gagal Bolos
Abd Rahman (I) - Bolos 1
Fadhli (M) - Bolos 1
Ferdinand (I) - Gagal Bolos

Badrul (M) - Bolos .... Alhamdulilllah!!!

Tahniah!! segala tekanan daripada 100k penyokong Indonesia akhirnya terubat apabila skuad bolesepak bawah 23 tahun negara berjaya memenangi perlawan akhir dengan kelebihan sepakan penalti 5-4 yang mana sepakan terakhir yang diambil oleh ketua pasukan oleh Badrul berjaya meletakkan gawang Indonesia walaupun berjaya ditampan oleh penjaga gol Indonesia.

Perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia diheret ke sepakan penalti selepas lanjutan masa 30 minit masa tambahan tidak memberi sebarang jaringan gol setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit pertandingan yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

Walaupun Indonesia mendahului melalui jaringan Gunawan seawal minit ke-5 perlawanan, Malaysia menyamakan kedudukan melalui tandukan Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

 Apapun Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia!!!!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular