RENTETAN CERITA KEMATIAN GADAFFI

Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.


“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar Gaddafi,” kata Perdana Menteri Mahmoud Jibrail merujuk kepada laporan forensik pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

Ulasan

  1. SUBHANALLAH.....janji ALLAH....apabila kita membuat kejam dan nanya kepada orang...balasan ALLAH adalah kekejaman juga....semoga ALLAH ampun segala dosa-dosanya.

    BalasPadam
  2. Alangkah indahnya jika peristiwa ini terjadi dibumi
    malaysia ini.

    BalasPadam
  3. mungkin suatu hari nanti

    BalasPadam
  4. hakikat nya kita tidak tahu apa yg betul2 terjadi disana...

    ada laporan mengatakan pemimpin ini kejam. Dan ada laporan mengatakan pemimpin ini telah memberi mcm2 kebajikan pada rakyat.

    dan ada laporan mengatakan Libya diserang kerana pemimpin ini begitu lantang untuk mengguna emas sebagai tukaran untuk US dolar yang sudah sgt2 lemah. dan ini akan mengacau ekonomi amerika

    sesiapa yg kacau ekonomi Amerika, bererti isytihar perang terhadap Amerika.

    tp kenapa diorg sanggup bekerjasama.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular