20 SIPUT BABI BERKAWAL DI PERKARANGAN MASJID UIA


Sekitar lebih 700 mahasiswa hari ini berhimpun secara aman dan lebih 20 Siput Babi didatangkan khas dari IPD Gombak berada diperkarangan masjid UIA bagi mendesak Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya semalam.
Dalam pada itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".
Mereka juga turut mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".
"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.
Ia akan diserahkan kepada Zaleha selepas perhimpunan membantah tindakan terhadap Abdul Aziz petang ini.
Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin telah ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis.
Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju.

Nota: Shamsul iskandar ialah bekas pelajar UIA -GB

... gua nak masuk tadi solat jumaat pun tak lepas gara-gara arahan dari pihak atasan katenye (umno le tue) yang tidak membenarkan orang awam dan wartawan bersolat di masjid Sultan Ahmad Shah...

Ulasan

Catatan Popular