TIPULAH... PAPER AUSTRALIA DAKWA ADIK HISHAMUDIN DAPAT KONTRAK BESAR
Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa Securency International, yang separuhnya dimiliki oleh bank pusat negara itu telah menandatangani Liberal Technology sebagai ejennya pada 2009 atas harapan bahawa pemegang besarnya Datuk Haris Onn Hussein, akan “membolehkan akses, dan pengaruh ke atas ahli-ahli politik utama Malaysia.”
Haris, yang juga pengerusi Liberal Technology, merupakan sepupu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan adik kepada Hishammuddin, yang akan berada di Canberra untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Australia menghantar 800 pencari suaka ke Malaysia dan menerima 4,000 pelarian.
Syarikat itu memperoleh kontrak besar di Malaysia pada 2004 dan yang kecil pada 1998 dengan broker senjata dan bekas pegawai Umno Abdul Kayum Syed Ahmad.
Sejak itu dia ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung urusan itu dan penggunaan komisyen yang dibayar oleh Reserve Bank of Australia (RBA).
Securency, pembekal nota mata wang plastik, telah disoal siasat selama dua tahun oleh Polis Persekutuan Australia dan agensi British Serious Fraud Office kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Nigeria untuk mendapatkan kontrak.
...aku tak caya la...ie mesti kerje pembangkang nak jatuhkan UMporNO




Ulasan
Catat Ulasan