SILAT GAYONG GUGUR KEAHLIAN JIKA SERTAI BERSIH 2.0

Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) melarang ahlinya terlibat secara langsung dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini.


Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, jika ada antara ahli pertubuhan itu terlibat dalam perhimpunan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan keahlian mereka.

“Kami (PSSGM) tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melibatkan diri dalam perhimpunan Bersih untuk kembali dalam persatuan ini.

“Ahli PSSGM tidak pernah diasuh menjadi seorang yang biadab dan khianat terhadap negara dan bangsa, terutama kepada raja berdaulat,” katanya pada sidang akhbar bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih di sini hari ini.

Jelasnya, demonstrasi tidak menyelesaikan masalah sebaliknya boleh menimbulkan kekecohan dan merugikan rakyat selain mampu mencemarkan imej negara di mata dunia.

“Kepimpinan PSSGM beranggapan mereka yang mengetuai perhimpunan ini boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

“Kami juga berharap agar mereka ini dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau diusir keluar dari negara ini,” tegasnya.

Tambahnya, perhimpunan ini secara tidak langsung akan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan pihaknya bersedia untuk tampil mempertahankan keselamatan negara demi keamanan sejagat.

“Kami percaya setiap perkara yang hendak dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak perlu diadakan perhimpunan terlebih dahulu, cukup sekadar perbincangan dan salurkan dengan cara yang betul,” ujarnya.

....iskhh.......iskhh.......iskhh.......iskhh.......iskhh...











Ulasan

Catatan Popular